Buletin

CAMRY MODELLISTA & TRD UNTUK PASARAN JEPUN

Kalau sebut sahaja pasal Toyota Camry, mungkin ramai yang membayangkan sebuah kereta segmen D yang sesuai untuk golongan lebih berusia. 

Tetapi, Toyota nampaknya mempunyai ada cara tersendiri untuk menukar persepsi tersebut. Ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Jepun, Camry baharu kini hadir dengan bodykit Modellista dan TRD yang pastinya cukup sporty.

Apa yang membezakan kedua-dua model ini dengan Camry standard? Sekali pandang, ia seperti tidak jauh beza dengan Camry untuk pasaran Amerika Syarikat.

Camry JDM ini hadir dengan lampu belakang dan bampar hadapan yang lebih garang. Bagi model TRD, ia dilengkapi rim aloi yang menarik, skirting sisi, splitter hadapan dan butiran lampu LED pada bahagian bawahnya. Selain gril berwarna hitam.

Sementara model Modellista pula, penampilannya lebih sofistikated. Bahagian hadapan diserlahkan dengan  kemasan krom dan perak. Sementara rim juga nampak lebih menarik.

Dibina di atas platform TNGA, Camry generasi XV70 ini akan memulakan produksi pada Jun 2017. Sedan itu bakal dijana oleh rangkaian kuasa hibrid yang terdiri daripada enjin 2.5 liter Dynamic Force baharu dan siste pancitan terus bahan api VVT-iE.

BACA: TOYOTA CAMRY 2018 – ENJIN BAHARU, LEBIH SPORTY

Bagi versi bukan hibrid, Camry dikuasakan oleh enjin V6 bersesaran 3.5 liter yang dipadankan bersama kotak gear lapan kelajuan.

GALERI

 

Google ads
Back to top button