Artikel PilihanBuletin

CARI PARKIR KOSONG MEMANG SEKSA KAN? FORD KINI ADA PENYELESAIANNYA

Abang Japar percaya setiap dari penduduk warga Kuala Lumpur pernah menghadapi masalah ini. Mencari parkir.

Waktu hari bekerja, masalahnya sekian. Waktu hujung minggu pula, cuba pergi ke pusat beli belah macam Mid Valley atau Sg Wang, jumpa parking kosong dalam masa lima minit memang perkara ajaib.

BACA: BAGAIMANA CARA MUDAH PARKIR SISI?

Di UK, Ford telah membuat kajian dan mendapati penduduk Milton Keynes menghabiskan masa 24 jam setahun hanya untuk mencari parkir kenderaan masing-masing. Ford mengemukakan kajian terkini untuk menyelesaikan masalah ini yang dikenali sebagai teknologi “collaborative parking”.

Syarikat tersebut telah menyiarkan video pendek tentang idea penyelesaian yang mereka fikirkan. Ford menggunakan Mondeo sebagai objek ujian. Sila tonton di bawah

Pemandu dalam kereta di atas kelihatan dapat menemukan lot parkir dengan pantas. Jadi, konsepnya agak bagus dan di atas kertas, sepatutnya teknologi ini amat praktikal.

Mungkin anda rasa ia mudah kerana menggunakan sensor parkir sepertimana yang kita dapat lihat di pusat membeli belah. Tetapi sebenarnya tidak.

Ford menggunakan sensor yang dibina pada kenderaan itu sendiri.

Pengurus  Ford Research and Advanced Engineering, Automated Driving Europe, Christian Ress berkata ” Dengan kajian ‘Collaborative Parking’, kami melihat banyak masa dapat dijimatkan dan mengurangkan tekanan kepada pemandu. Namun apa yang kami sedari ialah kurangnya pengesan parkir (parking sensor) pada kereta-kereta lama,”

“Pengesan parkir sudah jadi ciri biasa bagi kenderaan moden namun ia bukanlah peralatan standard. Apapun, sekurang-kurangnya Ford sudah memulakan sesuatu untuk memudahkan pemandu. Ia lebih baik dari duduk sahaja dan mengeluh,” ujar beliau lagi.

 

 

Google ads
Back to top button