Buletin

CATERHAM AEROSEVEN CONCEPT

Caterham Cars baru-baru ini memperkenalkan sebuah kereta konsep pada SingTel Singapore Grand Prix di Singapura. 

Selaku model pertama yang direka bentuk oleh pihak Caterham Technology & Innovation, AeroSeven Concept memberi petunjuk tentang hala tuju rekaan model keluaran Caterham pada masa akan datang. Ini termasuklah sebuah kereta sports yang dibangunkan bersama Renault dan bakal diperkenalkan pada awal 2016.

Caterham Aero Seven Profile

AeroSeven Concept dibina menggunakan method pasukan F1 dan menjadi model pertama Caterham dilengkapi kawalan cengkaman. Terima kasih kepada Sistem Pengurusan Enjin Caterham, pemandu kini boleh melaras aspek cengkaman jentera tersebut.

Dibina berasaskan kepada platform Seven CSR, tubuh AeroSeven Concept diperbuat daripada gentian karbon. Ia mampu memecut dari 0 hingga 10km/j dalam tempoh cuma 4 saat.

Caterham Aero Seven Rear View

Kuasa mencecah 240PS diekstrak daripada unit enjin Ford Duratec yang dibangunkan semula oleh Caterham Technology & Innovation. Ini ialah enjin aspirasi biasa yang menepati piawaian Euro 6 dan turut dipasang pada model Caterham Seven 485. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Seperti yang dijangka, model berprestasi ultra ini sarat dengan ciri-ciri sebuah kereta lumba. “Kami akan meluaskan rangkaian kereta sports Caterham demi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza dan menarik minat bakal pembeli baru,”  kata Pengarah Urusan Caterham Cars, Graham Macdonald.

Caterham Aero Seven Rear Three quarters

Pengerusi Bersama Caterham Group, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan bahawa Caterham juga akan membangunkan model-model kompak dan crossover. Caterham dilihat memberi fokus khusus kepada pasaran Asia ketika membangunkan produk-produknya.

Caterham Aero Seven Detail Dash

Penghantaran pertama model pacuan roda belakang ini kepada pelanggan dijangka bermula pada pertengahan tahun 2014. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button