Caterpillar Alami Pertumbuhan Positif

SHARE

Penurunan duti import, peningkatan jumlah projek infrastruktur serta kerancakan industri perlombongan dan kuari meransang pertumbuhan segmen trak tugas berat serta sederhana. 

Sime Darby Industrial Sdn. Bhd. (Sime Darby Industrial) menyaksikan potensi pertumbuhan yang signifikan di Malaysia berikutan penurunan duti import ke atas trak, di samping peningkatan jumlah projek infrastruktur serta kerancakan industri perlombongan dan kuari.

Pengarah Urusan Tractors Malaysia yang merupakan pengedar eksklusif trak Caterpillar di Malaysia, Chong Kwea Seng memberitahu segmen trak dijangka tumbuh sekitar 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang. Buat masa sekarang, trak bersaiz besar seperti model 773E mendominasi pasaran tempatan. Sementara model berkapasiti lebih ringan, 740 bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

“Perolehan terbesar syarikat datang daripada model 773E. Manakala peluang pertumbuhan pula datang daripada model 740. Kami telah menjana perolehan sebanyak RM150 juta daripada trak sub segmen sejak setahun lalu,” jelas Chong.

Selari dengan perkembangan positif itu, Tractors Malaysia baru-baru ini melancarkan dua buah trak Caterpillar yang disasarkan untuk industri pembinaan dan perlombongan. Jentera tugas berat tersebut diperkenalkan sempena Pameran Peralatan Pembinaan dan Infrastruktur (CIEX 2012), iaitu pameran Caterpillar berskala besar yang pertama di Malaysia.

Menurut Chong lagi, Tractors Malaysia telah memperoleh kontrak penyelenggaraan dan pembaikan bernilai lebih RM210 juta daripada pengendali lombong, PT J Resources Nusantara untuk lima tahun akan datang. PT J Resources Nusantara merupakan pengendali lombong emas terbesar negara.

Satu perjanjian persefahaman (MoU) berasingan juga telah ditandatangani untuk menyediakan 60 buah jentera bernilai RM117 juta dengan penghantarannya bermula awal tahun depan.

Pada skala global, Caterpillar Inc. memberi fokus kepada pasaran Asia termasuklah Malaysia sebagai pasaran utama untuk menerajui gelombang pertumbuhannya. Sebagai jenama peneraju peralatan berat dan sistem kuasa, Caterpillar menawarkan jentera paling tahan lasak dan kukuh. Gabungan teknologi dan reka bentuk Caterpillar mampu mengurangkan kos operasi pelanggannya.

Teknologi menjadi tema CIEX 2012. Pameran tersebut diadakan pada 5 – 8 Disember lalu bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam di ibu pejabat Tractors Malaysia di Puchong, Selangor. Dianggarkan seramai 1,500 pengunjung datang memeriahkan pameran itu.

CIEX 2012 mempamerkan lebih 30 jentera Caterpillar dan perkhidmatannya. Selain teknologi servis, sistem dan demonstrasi operasinya. Para pengunjung juga berpeluang membeli barangan rasmi CAT yang terdiri daripada alat permainan, kasut, jam tangan dan model-model maniatur.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top