CERITA DARI NEGARA TETANGGA – GABENOR JAKARTA, ANIES BASWEDAN DAN WAKIL-WAKIL RAKYAT DILARANG MENGGUNAKAN LAMPU MATA ARAH

SHARE

Jakarta – Penggunaan lampu mata arah atau strobe light dan siren oleh orang awam memang meresahkan pengguna jalan raya lain. Sama seperti di negara kita, penggunaannya juga tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Penggunaan yang berleluasa telah menyebabkan Kepolisian Republik Indonesia (POLRI) melakukan operasi bagi mengesan pengguna jalan raya yang menggunakannya, tidak terkecuali kenderaan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), kira ADUN la kalau kat sini.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Direktor Polis Halim Pagarra, Pengarah Trafik Polis Daerah Metro Jaya berkata baik Gabenor mahupun anggota DPR, semuanya tidak layak menggunakan alat tersebut yang sudah termaktub dalam undang-undang.

BACA: 5 PERATURAN JALAN RAYA YANG ANEH TETAPI BERKESAN KURANGKAN KEMALANGAN

Halim turut memberitahu yang ada anggota DPR meminta kebenaran untuk menggunakan alat tersebut tetapi pihak polis menolaknya. Permohonan secara bersurat dilakukan dan telah dijawab oleh pihak polis secara rasmi bahawa ia tidak dibenarkan. Bagaimanapun pihak polis sedia menyediakan khidmat pengiring jika ada permohonan.

Mengikut undang-undang pengangkutan jalan di Indonesia, kesalahan penggunaan lampu mata arah dan siren boleh menyebabkan pesalah dijatuhi hukuman penjara maksima 1 bulan ataupun denda sebanyak Rp 250,000.

Itu di Indonesia, di Malaysia ni pula tak kurang hebatnya penggunaan lampu pandu arah, kalau untuk kegunaan pembesar dan menteri tu kita boleh faham tetapi itu pun untuk kegunaan rasmi sahaja dan mesti diiringi oleh polis pengiring.

Tapi sekarang ni nampaknya segala jenis konvoi menggunakan lampu mata arah dan siren. Konvoi kelab Kancil, Viva, 4×4, Perdana dan segala macam model kereta lagi. Itu belum campur konvoi hantar bantuan banjir, konvoi motor besar, moto kecik. Yang paling sadis sekali kami pernah nampak rombongan nak pergi menikah pun pakai siren. Hai bang, tak sabar sangat nak menikah ke?

Hakikatnya undang-undang penggunaannya memang dah ada cuma mungkin boleh penguatkuasaan mesti ditingkatkan lagi. Di Malaysia hukuman penggunaan alat ini memang boleh tahan iaitu denda dan penjara 2 tahun tapi itulah, ramai yang masih berdegil.

Satu lagi sepengetahuan kami kebenaran penggunaan lampu mata arah dan siren hanya diberikan kepada kenderaan agensi kerajaan tertentu sahaja seperti polis, bomba, ambulan dan kastam sahaja.

Sumber Dapurpacu.com

Share this post

scroll to top