Buletin

CHEVROLET CAMARO 2016!

General Motors semalam memperkenalkan Chevrolet Camaro generasi keenam yang menawarkan prestasi lebih baik.

ChevyCamaroReveal12.jpg

Jentera itu juga padat dengan teknologi terkini, kualiti buatan lebih halus dan tampil bersama rekaan menarik bagi mengekalkan kedudukannya selaku peneraju segmen kereta sports sejak lima tahun lalu.

Chevrolet Camaro dikatakan lebih pantas dan menawarkan pengalaman pemanduan lebih lincah. Ini kerana ia dibina di atas kerangka ringan serba baharu bersama rangkaian kuasa yang lebih luas.

2016 Chevrolet Camaro SS

Enam kombinasi rangkaian kuasa ditawarkan. Ini termasuklah enjin 2.0L Turbo, enjin V6 3.6L serba baharu dan enjin LT1 6.2L V-8 yang berupaya menjana kuasa sehingga 455hp (339 kW) dan tork maksimum 617Nm. Sekali gus menjadi model Camaro SS paling berkuasa setakat ini.

Enjin-enjin itu kemudian dipadankan bersama transmisi manual enam kelajuan atau automatik lapan kelajuan.

2016 Chevrolet Camaro RS

Ditala di dalam terowong angin, rekaan luaran Camaro 2016 dibina agar lebih aerodinamik, pada masa yang sama memiliki penampilan dramatik.

“Menghasilkan Camaro adalah pengalaman yang amat mencabar dan mengujakan. Buat para peminat tegar Camaro, jentera ini mengekalkan isyarat rekaannya yang ikonik dan menawarkan lebih prestasi.

2016 Chevrolet Camaro

“Bagi generasi pembeli baru pula, Camaro 2016 memiliki idea-idea kejuruteraan yang paling inovatif, bersama gabungan prestasi dan reka bentuk terbaik,” kata Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Produk General Motors, Mark Reuss.

ChevyCamaroReveal07.jpg

Oh ya, sebelum terlupa, ada satu perkara yang perlu anda tahu. Hanya dua alat ganti yang diambil daripada Camaro generasi kelima, emblem belakang berbentuk bowtie dan lencana SS. Itu sahaja!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button