Buletin

CHEVROLET COLORADO ZR2 GUNA SUSPENSI SUPERCAR!

Chevrolet membawa keupayaan trak pikap saiz sederhananya, Colorado ke satu tahap lebih tinggi apabila memasangnya dengan sistem suspensi yang biasanya digunakan pada supercar.

Chevrolet Colorado ZR2 dipasang dengan teknologi peredam Dynamic Suspensions Spool Valve (DSSV) yang sama digunakan pada model Aston Martin One-77, Ford GT, Mercedes-AMG GT dan jentera F1 Red Bull F1 yang memenangi kejohanan pengeluar dari tahun 2010 hingga 2013.

chevrolet-colorado-zr2-2017-mekanika-4

Apabila suspensi itu dipasang pada Camaro Z/28 2014, Chevrolet meminta pengeluar DSSV iaitu Multimatic dar Kanada untuk menhasilkan peredam injap kili (spool valve dampers) untuk trak pikap berprestasi tingginya.

Ia memang satu tugas yang mencabar kerana bukan mudah untuk memasukkan satu set peredam itu ke dalam ZR2 dan mengharap ia dapat berfungsi seperti Camaro.

chevrolet-colorado-zr2-2017-mekanika-3

Bagusnya peredam injap kili ialah tahap kebolehsesuaiannya. Multimatic memudahkan pengeluar untuk menentukan karekteristik peredam yang mereka mahukan.

BACA: CHEVROLET COLORADO ZH2 – TRAK PIKAP PALING GANAS

BACA: CHEVROLET COLORADO – BERMULA RM90,188

Apa sebenarnya peredam injap kili ini? Ia merupakan silinder-silinder besi kecil dengan beberapa port yang telah diubahsuai untuk membolehkan laluan bendalir hidraulik dilakukan secara terkawal ke dalam satu peredam suspensi.

chevrolet-colorado-zr2-2017-mekanika-1

Bentuk port yang tepat ini mengawal mampatan dan lantunan yang ditetapkan oleh Chevrolet serta dihasilkan oleh Multimatic. Selain keupayaannya untuk diubah suai, ia juga mudah dihasilkan semula. Ia tidak mempunyai variasi alat ganti, seterusnya mengurangkan kerja-kerja fine tuning ke atas peredam.

Jadi apa bagusnya apabila anda memandu sebuah ZR2? Memandangkan port injap kili itu boleh dibentuk untuk kemasukan lebih banyak atau sedikit bendalir, jadi ZR2 mempunyai mampu menawarkan tahap kekerasan serta kawalan apabila dipandu secara agresif.

chevrolet-colorado-zr2-2017-mekanika-5

Pada masa yang sama memberikan pemanduan selesa apabila melalui jalan yang tidak rata. Power!

Google ads
Back to top button