Buletin

CHEVROLET IMPALA 2 BAHAN API

Pengeluar kenderan terbesar Amerika Syarikat (AS), General Motors (GM) semalam menyatakan bahawa ia akan melancarkan sebuah kereta yang dikuasakan oleh petrol dan gas asli (CNG) bagi memanfaatkan bekalan gas di AS yang banyak.

2015-Chevrolet-ImpalaBi-Fuel-002

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Dan Akerson memperkenalkan model Chevrolet Impala dengan dua bahan api pada satu persidangan tenaga di Washington. Persidangan itu diadakan sempena memperingati tindakan embargo minyak yang dikenakan oleh OPEC ke atas AS pada tahun 1973.

Sedan itu akan ditawarkan bermula pertengahan tahun 2014.GM menegaskan ia merupakan satu-satunya pengeluar yang menghasilkan sedan dua bahan api di Amerika Utara.

2015-Chevrolet-ImpalaBi-Fuel-009

Akerson memberitahu, Impala itu akan menggunakan ‘teknologi mampu milik’ untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Rangkaian kuasa ini boleh beralih daripada CNG kepada petrol dengan hanya menekan satu butang pada papan pemuka. Sedan itu mampu mencapai jarak sejauh 800 kilometer.

2015-Chevrolet-ImpalaBi-Fuel-006

GM berpendapat gas asli sebagai bahan api lebih bersih berbanding petrol atau diesel, selain harganya yang lebih murah. “Kita semua tahu bahawa keselamatan tenaga AS tidak jatuh dari langit. Tetapi melalui pelaburan sistematik ke atas teknologi dan inovasi,” kata Akerson. – AFP

[hr] Galeri

2015-Chevrolet-ImpalaBi-Fuel-0012015-Chevrolet-ImpalaBi-Fuel-007

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button