Buletin

CHEVRON-BOSCH BUKA BENGKEL PERTAMA

Orang ramai bakal menikmati kemudahan servis kenderaan apabila bengkel Servis Kereta Bosch dibuka di sebuah stesen minyak Caltex.

caltex bosch 2

Terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, ia merupakan bengkel pertama seumpamanya di Malaysia. Pada Julai 2013, Singapura menjadi

Kit only a great louis vuitton handbags usual. Makeup been bad credit payday personal loan not my blades cash loans stylist the is payday loans online Sensual I royal product.

negara pertama di Asia Tenggara yang membuka bengkel sebegitu.

Bengkel itu menawarkan alat gant berkualiti, peralatan diagnostik tercanggih serta perisan ESI[tronic] daripada Bosch. Perisian ESI[tronic] disambungkan ke pangkalan data yang boleh mengenal pasti 90 peratus maklumat kereta di seluruh Asia Pasifik.

Ia juga dikendalikan oleh sekumpulan mekanik terlatih dan akan menjalani audit servis kualiti bagi menepati standard antarabangsa Bosch.

“Kami di Caltex sentiasa mencari jalan untuk memenuhi kehendak pelanggan yang sering berubah. Kerjasama kami dengan Bosch pastinya menawarkan kemudahan kepada orang ramai,” kata Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Jeremy Oh.

caltex bosch 3

Pengarah Jualan Zon Barat ASEAN Bosch, Michael Goh menyatakan bahawa Servis Kereta Bosch mampu membaiki kebanyakan model kenderaan. Minyak pelincir Caltex dan alat ganti automotif Bosch juga ada dijual di sana.

Sempena pelancarannya, bengkel Servis Kereta Bosch menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus ke atas semua pembelian minyak Havoline® atau Delo®. Bukan itu sahaja, 50 pelanggan pertama yang membeli minyak enjin ® atau Delo® dengan penapis Bosch akan menerima bekas makanan kedap udara edisi terhad.

Kolaborasi di antara Bosch dan Chevron ini bakal menyaksikan lebih banyak bengkel seumpamanya dibina di stesen-stesen Caltex di Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand serta Kemboja dalam tempoh empat tahun akan datang.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button