Buletin

CONTINENTAL – MENANGI ANUGERAH PEMBUAT TAYAR TAHUNAN 2017

Malam tadi, bertempat di Ekspo Teknologi Tayar 2017 di Hanover, Jerman, syarikat industri terkemuka Continenal telah dianugerahkan “2017 Tire Manufacturer of the Year”  oleh jurnal perniagaan yang berpusat di UK – Tire Technology International.

Anugerah yang mula diperkenalkan pada 2008 ini diadili oleh 27 orang juri yang terdiri dari pakar industri yang datang dari pelbagai negara seperti Eropah, Jepun, India dan Amerika Syarikat.

BACA: TEKNIK PENJAGAAN TAYAR YANG BETUL

“Kami cukup gembira dengan anugerah ini kerana jelas projek dan inovasi Continental dihargai, ia termasuklah Visi 2015 sebagai strategi jangkapanjang kumpulan ini,” ujar Nikolai Setzer ahli lembaga Pengarah Eksekutif Continental AG.

Antara aspek yang diambilkira ialah pelaburan besar yang dibuat oleh syarikat ini dalam bidang R&D. Ia terbukti menerusi pembukaan High Performance Technology Center di daerah Korbach, Jerman. Mereka juga membina tayar trak pertama dengan getah dandelion.

Selain itu, Continental juga dimaklumkan bahawa juri mengabilkira pelaburan yang mereka lakukan di Lousado, Portugal dan juga pembesaran produksi di operasi kilang Otrokovice, Republik Czech.
Dalam konteks pembangunan Visi 2025, Continental AG telah melabur lebih EUR 3 Billion sejak 2011 untuk membina fasiliti pengeluaran baru mereka di Hefei (China), Kaluga (Russia) dan Sumter (Carolina Selatan/ USA). Sebanyak EUR 350 juta lagi dibelanjakan di bahagian korporat di kilangnya seluruh dunia.

BACA: PANDUJI TAYAR CONTINENTAL DI CHINA

BACA: MICHELIN POWER RS, TAYAR KHAS UNTUK SPORTBIKE

Google ads
Back to top button