Artikel PilihanBuletin

CUBAAN SELUDUP KERETA EKSOTIK LAFERRARI DIGAGALKAN

Cubaan menyeludup kereta eksotik bukanlah perkara baru yang berlaku di kebanyakan negara seluruh dunia. Antara sebabnya ialah kereta-kereta begini cukai import dan duti eksaisnya sangat tinggi. Ia dikelaskan sebagai barangan mewah dan cukainya boleh jadi lebih dari harga belian kereta itu sendiri.

Berlaku di Afrika Selatan baru-baru ini ialah percubaan menyeludup masuk kereta Ferrari Laferrari ke negara itu. Ceritanya agak dramatik kerana pemilik asal kereta ini telah membawa masuk kereta ini sejak tahun 2014 lagi.

Kereta ini pada awalnya diimport secara sah. Pemiliknya berjaya membeli seunit kereta hybrid sport terhad ini namun ia tidak berjaya didaftarkan secara sah. Di Afrika Selatan, prosedur import masuk kereta dari luar agak rumit.

Akibat tidak menepati prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa, (cukai import, GST) kereta ini telah dirampas dan disimpan oleh Jabatan Perkhidmatan Hasil Afrika Selatan (South African Revenue Service) sehingga tiga tahun.

Pemiliknya masih berusaha untuk mendapatkan semula kereta beliau namun gagal. Beliau kemudiannya memohon kepada pihak berkuasa untuk mengeksport semula kereta tersebut ke negara Congo menerusi sempadan Beitbridge.

BACA: KERETA KLON. APA YANG PERLU ANDA TAHU?

BACA: SUASANA LOT KERETA LELONG DI JEPUN

Pihak berkuasa melepaskan kereta tersebut. Namun apa yang berlaku dua hari kemudian kereta tersebut masuk semula ke sempadan Afrika menerusi pintu yang sama. Tanpa megambil masa yang lama, pihak berkuasa terus menyita.

Yelah, dalam dunia ni ada berapa buah sangat pun Laferrari yang kau boleh jumpa? Kat Afrika Selatan pula tu!

sumber CarMag.co.za

 

 

Google ads
Back to top button