CUKAI JUALAN (SST) AKAN GANTIKAN GST BERMULA 1 SEPTEMBER 2018

SHARE

Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula pada bulan September nanti. Perkara ini diumumkan oleh perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada taklimat akhbar hari ini berikutan mesyuarat kabinet.

Untuk mengimplimentasikan cukai SST ini, ia memerlukan penggubalan undang-undang baru di parlimen. Sepertimana pengumuman sebelum ini bahawa SST akan ditetapkan pada 10%, sama seperti apabila ia digantikan dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada bulan April 2015.

BACA: DISKAUN 40K RENAULT DENGAN GST 0%

GST akan menjadi nilai sifar dari 1 Jun hingga 31 Ogos yang bermaksud tiada cukai akan berlangsung selama tiga bulan.

Semua pemain automotif telah mengeluarkan harga kereta dengan GST bernilai sifar dan harga lebih rendah.

Adalah dijangkakan harga kereta mungkin akan kembali ke paras yang lebih tinggi berbanding sekarang dengan pengenalan semula SST nanti.

Share this post

scroll to top