Buletin

DAIHATSU PERKENAL SIGRA DI INDONESIA – BERMULA RM34,000!

Khabar terbaru dari seberang. Astra Daihatsu Motor (ADM) Indonesia baru sahaja melancarkan MPV paling kecil keluarannya yang diberi nama Sigra.  

Daihatsu-Sigra-Indonesia-2016-mekanika (3)

Di Indonesia, Daihatsu memang terkenal sebagai pelopor kenderaan murah.  Pengenalan itu dibuat tidak lama selepas Toyota Indonesia memperkenalkan model Calya di republik berkenaan.

Sedia maklum bahawa pasaran  MPV di Indonesia cukup besar dan meriah. Dengan saiz yang lebih kecil berbanding Toyota Avanza, Sigra dilihat dapat menarik minat generasi muda. Apatah lagi ia mempunyai kapasiti tujuh tempat duduk.

Daihatsu-Sigra-Indonesia-2016-mekanika (4)

Sigra merupakan model kedua Low Cost Green Car (LCGC) selepas Ayla dan Toyota Agya yang dilancarkan pada September 2013. Dengan status itu, Sigra akan ditawarkan pada harga di bermula 109 juta rupiah (RM34,000) bersama penggunaan bahan api yang menjimatkan.

Didatangkan dalam empat varian iaitu Sigra D, Sigra M, Sigra X dan Sigra R, model itu menjadi pesaing langsung kepada Datsun GO+ Panca di pasaran Indonesia.

Daihatsu-Sigra-Indonesia-2016-mekanika (1)

MPV tersebut dikuasakan oleh dua pilihan enjin iaitu 1,0 liter D26F 1KR-DE tiga silinder dan enjin 3NR-VE empat silinder dengan teknologi Dual VVT-I bersesaran 1.2 liter. Enjin 1.2 liter itu berupaya menjana kuasa 86hp @ 6,000rpm dan tork maksimum107Nm @ 4,200rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Dibina di atas platform Toyota Ayla (Perodua Axia), tapak rodanya telah dipanjangkan menjadi 2,525mm. Sigra mempunyai kandungan tempatan sebanyak 94 peratus.

Daihatsu-Sigra-Indonesia-2016-mekanika (5)

Menurut ADM, pihaknya telah melabur sebanyak 1 trilion rupiah (RM307 juta) untuk menghasilkan Sigra dan Calya. Dihasilkan di kilang Daihatsu di Karawang, Jawa Barat, Sigra dan Calya dijangka diproduksi sebanyak 5,000 unit sebulan.

Google ads
Back to top button