Buletin

DAIHATSU SIRION SPORT

PT Astra Daihatsu Motor baru sahaja melancarkan model edisi khas, Daihatsu Sirion Sport ke pasaran Indonesia. Di Malaysia model berkenaan dikenali sebagai Perodua Myvi.

Daihatsu-Sirion-Sport-jan2016-05-800x500

Versi istimewa berkenaan didatangkan dengan beberapa penambahbaikan signifikan berbanding model standard.

Berdasarkan laporan Bosmobil, Sirion Sport  ditawarkan dengan pilihan warna putih. Kemas kini baharu yang ditawarkan ialah perumah lampu kabus, kit aero hadapan, gril krom dan sensor tepi hadapan.

Daihatsu-Sirion-Sport-jan2016-06-800x500

Model berkenaan menerima pelekat sisi badan untuk tampil lebih elegan. Turut terlihat ialah pelindung bampar di bahagian bawah dan kemasan garis krom di bahagian belakang.

Sementara bahagian kabin masih kekal sama dengan model standard. Penggunaan warna gelap, stereng dengan jahitan benang merah, butang kawalan audio pada stereng, head unit 2-din dan lain-lain.

Daihatsu-Sirion-Sport-jan2016-04-800x500

Soal mekanikal masih sama, menggunakan enjin 1.3 liter bersama ciri keselamatan standard dua beg udara SRS,  pretensioner dan force limiter seat belt.

Harga jualan Daihatsu Sirion Sport ialah Rp 168,325,000 (RM 53,864) untuk transmisi manual dan Rp 179,325,000 (RM57,384) bagi varian automatik. Difahamkan, penambahan harga sekitar Rp 8.5 juta (RM2,720)  berbanding model standard.

Daihatsu-Sirion-Sport-jan2016-01

Daihatsu Sirion  pertama kali diperkenalkan di Indonesia pada April 2007 dan sudah mengalami banyak perubahan dalam beberapa tahun. Terakhir, Daihatsu Sirion menerima perubahan pada  Februari 2015 lalu yang menerima penampilan tidak jauh berbeza dengan versi Myvi di Malaysia.

Sumber/Foto: Bosmobil

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button