DAPATKAN SERVIS MINYAK ENJIN BMW DI LAZADA

SHARE

Pengedar-pengedar BMW yang bertauliah kini ada menawarkan Pakej Servis Minyak Enjin BMW menerusi platform e-dagang, Lazada. 

ini bagi memberikan pengguna akses lebih mudah ke atas servis dan minyak enjin tulen BMW.

“Ini merupakan satu perkhidmatan selepas jualan yang pertama seumpamanya oleh wakil pengedar bertauliah BMW.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

“Ia membolehkan pemilik BMW menikmati pengalaman pemilikan yang sempurna di mana-mana sahaja mereka berada,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl. 

Pakej Servis Minyak Enjin BMW ditawarkan pada harga bermula RM450 bagi model-model tertentu melibatkan BMW 3 Series (E46/E90) serta BMW 5 Series (E90). 

Pakej tersebut merangkumi minyak enjin tulen BMW, penapis minyak BMW dan servis berkaitan.

Pelanggan boleh memanfaatkan pakej ini menerusi tiga langkah mudah:

(1) Beli Servis Penukaran Minyak BMW dari mana-mana pengedar yang terlibat di Lazada.

(2) Pengedar bertauliah BMW berkenaan akan menghubungi pemilik dalam masa satu hari bekerja untuk menguruskan sesi temu janji.

(3) Bawa kenderaan anda pada hari yang dijadualkan untuk servis penukaran minyak.

Pakej-pakej tersebut sah menerusi rangkaian wakil pengedar bertauliah BMW yang erlibat dalam penawaran ini. 

Ia termasuklah Auto Bavaria Glenmarie , Auto Bavaria, Johor Bahru, Auto Bavaria Kuala Lumpur, Auto Bavaria Penang, Auto Bavaria Sungai Besi, Ingress Auto Damansara, Lee Motors Auto Care: Alor Setar, Seong Hoe Premium Motors Melaka, Tian Siang Premium Auto: Butterworth, Tian Siang Premium Auto: Ipoh dan Wearnes Autohaus Tebrau. 

Share this post

scroll to top