Buletin

DATSUN GO PI – KERETA CORAK BATIK, 5 UNIT EDISI TERHAD SAHAJA!

Sekarang ini sedang berlangsung Pameran Kenderaan Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2017 di Jakarta, Indonesia. Terdapat beberapa pelancaran menarik seperti Honda Civic Type R dan juga Mitsubishi Xpander.

Pelbagai jenama mempamerkan kenderaan mereka namun, model dari Datsun ini menarik perhatian dengan motif kebudayaan Indonesia.

Datsun GO PI Edisi Terhad telah dilancarkan pada GIIAS dan ia istimewa kerana motif kebudayaan Indonesia yang kuat.

Model ini diasaskan dari Datsu GO T-Ultimate yang merupakan varian paling premium dan ia telah mendapat sentuhan dari Tomi Airbrush iaitu syarikat modifikasi kenderaan Indonesia.

Tomi Airbrush dipilih susulan kejayaan syarikat itu dalam pertandingan modifikasi  X-plore Your Style yang dianjurkan Nissan Indonesia pada 2016.

Keistimewaan Datsun GO PI terletak pada nama dan motif corak badannya. PI merujuk kepada Persatuan Indonesia yang bermaksud perpaduan negara tersebut.

Tomi Airbrush mencadangkan nama itu sebagai lambang kepada kepelbagaian seni tradisional Indonesia yang diwarisi oleh generasi sekarang ini.

Nama itu juga adalah peringatan kepada orang muda bahawa pentingnya untuk melindungi serta mengekalkan warisan kebangsaan yang diwarisi sejak sekian lama.

Permukaan luar Datsun GO PI mempamerkan gabungan corak batik dari pelbagai lokasi di Indonesia dengan bayangan berwarna merah. Turut istimewa ialah gril, lencana dan emblem edisi khas. Bahagian dalaman pula menerima kerusi balutan kulit khas.

Datsun GO PI hanya dikeluarkan sebanyak lima unit sahaja dan dipasarkan pada harga Rp 148,400,000 atau bersamaan RM 47,748.

BACA: DATSUN BLUEBIRD 510 ENJIN 50 TAHUN!

BACA: PIKAP OLDSKOL DATSUN SUNNY GB120

Kredit foto: Nissan

Google ads
Back to top button