Artikel PilihanBuletin

DB10: BUILT FOR BOND

Sempena tayangan perdana DB10: Built for Bond,  Aston Martin mengumpulkan barisan model klasik dan terkini jenteranya di Great Court, Istana Blenheim. Pameran berkenaan juga seiring tayangan filem James Bond yang ke-24, Spectre di seluruh dunia.

aston-martin-DB10-built-for-bond-mekanika5

Dokumentari khas selama sejam itu memaparkan ciptaan model DB10 yang dibangunkan khusus untuk James Bond dalam filem Spectre. Model supercar berkenaan dibina oleh pasukan reka bentuk dan kejuruteraan Aston Martin selama enam bulan.

Diarahkan oleh FIN London, tempoh penggambaran dokumentari tersebut mengambil masa selama 18 bulan. Lebih daripada 120 jam material telah dirakam menggunakan resolusi ultra tinggi 4K.

aston-martin-DB10-built-for-bond-mekanika2

Sambutan eksklusif kereta sport itu bagi meraikan penglibatannya selama setengah abad dalam filem James Bond. Jentera Aston Martin pertama yang digunakan ialah model ikonik DB5 dalam filem Goldfinger (1964).

Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman berkata beliau gembira kerana akhirnya dapat berkongsi DB10: Built for Bond.

aston-martin-DB10-built-for-bond-mekanika1

“Sejak kereta itu didedahkan  di Studio Pinewood pada Disember 2014, kami menerima sambutan positif di seluruh dunia.

“Dokumentari itu menonjolkan kemahiran, penjagaan dan perhatian terperinci pada setiap Aston Martin. Saya amat berbangga dengan pasukan yang telah membawa DB10 daripada konsep kepada realiti serta mampu mencipta sebuah kereta sport yang melambangkan Bond,” katanya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button