Buletin

DBKL AKAN TERUS KUNCI TAYAR. BATAL KONTRAK, KERAJAAN KENA BAYAR RM100J. GILA.

Minggu lepas, Dato Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz mengumumkan pembatalan sistem kunci tayar kereta susulan dari arahan dari ahli parlimen baru kerajaan Pakatan Harapan.

Namun bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz telah mengeluarkan arahan baru supaya aktiviti kunci tayar ini diterus dan dikembalikan  di kawasan-kawasan yang kritikal.

“Penguatkuasa DBKL akan memutuskan kawasan mana perlu dilaksanakan dan ia akan bermula esok,” beliau menambah.

BACA: LANGGAR LUBANG, PEMILIK FERRARI MENANG SAMAN MAJLIS BANDARAN RM55K

Terdahulu, ahli parlimen Kepong, Lim Lip En memberitahu, kontrak penguncian tayar (tyre clamp) yang dianugerahkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) perlu dinilai semula kerana ia diberi secara rundingan terus tanpa ada bidaan tender.

Apa yang lebih menarik lagi, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah melantik kontraktor Vista Summerose untuk melaksanakan kerja-kerja “clamping” tersebut.

Dan tambah menarik lagi, jika kontrak ini dibatalkan, DBKL perlu membayar penalti RM100 juta kepada kontraktor terbabit sepertimana laporan akhbar mstar.

Kelakar kan?

Google ads
Back to top button