Buletin

DEBUT DUNIA SUV HYUNDAI KONA  

Hyundai Motor baru sahaja memperkenalkan SUV segmen B terbaharunya, Kona. Dengan rekaan moden dan pelbagai ciri menarik, Kona direka untuk menarik perhatian pengguna yang mempunyai gaya hidup moden. 

Kona melengkapkan lagi barisan model SUV Hyundai seperti Tucson, Santa Fe dan Santa Fe Sport. Jentera itu dijangka mula dijual di Korea hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran Amerika Utara dan Eropah.

SUV itu nyata menyerlah dengan rekaan yang agresif, bersama profil badan rendah dan lebar. Bahagian hadapan dilengkapi sepasang lampu utama LED yang nipis. Ia juga dipasang dengan Cascading Grille yang menjadi identiti baru kenderaan Hyundai.

Bahagian belakang juga tampil menarik dengan lampu brek yang nipis. Lampu isyarat. membelok dan mengundir diletakkan sedikit ke bawah. Pelanggan boleh mengubah suai

Rangkaian kuasa 

SUV kompak dibina di atas sebuah platform baru. Kona ditawarkan dalam beberapa kombinasi enjin petrol dan diesel, bergantung kepada pasaran yang dimasukinya.

Sebagai contoh, enjin 2.0 liter MPI Atkinson mampu menghasilkan kuasa 149PS dan tork 179Nm. Dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik, ia mampu memecut dari 0-10km/j dalam masa 10 saar dengan kelajuan maksimum 194km/j.

Gamma 1.6T-GDI pula berkuasa 177PS dan tork 265Nm. Mampu mencatat kelajuan maksimum 210km/h dan pecutan 0-100km/j dalam masa 7.7 saat sahaja. Ia kemudian menggunakan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7DCT).

Selain enjin diesel 1.6T-GDI, pengguna di Eropah juga boleh memilih enjin diesel tiga silinder dengan pengecas turbo yang dipadankan bersama kotak gear manual enam kelajuan. Dioptimumkan untuk penjimatan, enjin tersebut berupaya menghasilkan kuasa 120PS dan tork 172Nm.

Dinamik pemanduan

Kona dibina dengan ruang kelegaan tanah yang tinggi. Manakala pilihan pacuan 4WD dipakejkan dengan pintar untuk memberikan ruang kabin yang luas.

Suspensi hadapan menampilkan topang McPherson bersama cagak bush sub-kerangka baharu untuk meningkatkan keselesaan dan mengurangkan tahap NVH. Suspensi belakang menggunakan khidmat torsion beam untuk versi 2WD dan multilink bagi model 4WD.

Ciri keselamatan

Tidak pernah berkompromi dengan aspek keselamatan pemandu dan penumpang Kona, Hyundai melengkapkanSUV itu dengan barisan sistem bantuan pemandu. Antaranya ialah Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), High Beam Assist (HBA), Blind-Spot Collision Warning (BCW), Rear Cross-Traffic Collison Warning (RCCW) dan Driver Attention Warning (DAW).

Sempena debut dunia Kona, Hyundai Motor juga menampilkan model edisi khas Kona Iron Man. Antara ciri yang membezakan antara Kona Iron Man dengan model standard ialah lampu LED istimewa, kemasan warna merah dan emas serta banyak lagi.

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button