Buletin

DEBUT TOYOTA VIOS

Vios merupakan salah sebuah model kereta penumpang paling laris dan signifikan buatan Toyota. Ia dilihat sebagai hasil kejayaan kolaborasi di antara jurutera Jepun dan Thailand dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Model itu dijelmakan sebagai Soluna generasi pertama pada tahun 1997 untuk pasaran Thailand. Soluna ialah sedan yang kompak, jimat bahan api dan bernilai untuk wang. Maka, tidak hairanlah ia mendapat sambutan hangat di pasaran yang dimonopoli oleh trak pikap seperti Thailand.

mekanika - Vios 17

Pada tahun 2002, Toyota memperkenalkan Soluna atau Vios generasi kedua di Thailand. Popularitnya semakin bertambah apabila turut dieksport ke negara ASEAN lain termasuklah Malaysia.

Di Malaysia, Vios dilihat sebagai pilihan utama untuk pembeli kereta sedan ‘entry level’ yang mungkin tidak mahu memilikiProton atau Perodua. Berbekalkan jenama Toyota yang kuat, Vios pantas menjadi model bukan nasional terlaris sejak tahun 2003.

Populariti Vios tetap sukar dicabar, walaupun segmen B turut disaing sengit oleh model seperti Honda City dan jenama Korea yang lain.

mekanika - Vios 15

“Hari ini, kami dengan bangganya memperkenalkan Vios generasi keempat di Thailand. Dibina berasaskan kepada konsep “Value beyond Belief”, Vios akan dieksport ke 80 buah negara di seluruh dunia dengan sasaran jualan sebanyak 45,000 unit pada tahun ini,” kata Presiden Toyota Motor Thailand Co. Ltd., Kyoichi Tanada.

Dibahagikan kepada beberapa varian seperti G, E, S dan J, gred-gred itu dibezakan dengan ciri yang ada padanya.  Antara ciri baharu yang dipasang pada Vios ialah butang penghidup enjin (Gred S), Multi Information Display (MID) untuk gred S dan G,  sistem kemasukan pintar (gred S) serta banyak lagi.

mekanika - Vios 9

Mengambil gayaan model Verso dan Yaris, sedan ini digerakkan oleh unit enjin yang sama seperti generasi sebelumnya iaitu 1NZ-FE DOHC 16 valve VVT-i. Ia mampu menjana kuasa sebanyak 109PS @ 6,000rpm dan tork maksimum 141Nm @ 4,200rpm. Enjin yang menepati piawaian Euro 4 itu dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan automatik atau manual lima kelajuan.

Suspensinya pula terdiri daripada jenis topang Macpherson untuk roda hadapan dan torsion beam di belakang. Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Vios hadir bersama sistem brek ABS, EBD, BA, dua beg udara, TDS (Theft Deterrent System) dan  kerangka GOA.

mekanika - Vios 11

Masih belum dapat dipastikan bilakah pihak UMW Toyota akan menawarkan Vios baharu kepada pengguna di Malaysia. Apa yang pasti, ia mungkin tidak akan mengambil masa terlalu lama. Jadi, tunggu…
[hr]

Harga dan varian Vios generasi keempat di pasaran Thailand

  • 1.5S A/T         automatik                734,000 BHT             (RM77,505)
  • 1.5G A/T         automatik               699,000 BHT             (RM73,809)
  • 1.5E A/T         automatik               649,000 BHT             (RM68,530)
  • 1.5E M/T        manual                     614,000 BHT             (RM64,834)
  • 1.5J A/T         automatik               589,000 BHT             (RM62,194)
  • 1.5J M/T        manual                     559,000 BHT             (RM59,026)
[hr]

Galeri

mekanika - Vios 2mekanika - Vios 3mekanika - Vios 5mekanika - Vios 6mekanika - Vios 7mekanika - Vios 8mekanika - Vios 10mekanika - Vios 12mekanika - Vios 13mekanika - Vios 14mekanika - Vios 16Image converted using ifftoany

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button