Artikel PilihanBuletin

DENGAR UNTUK KENAL PASTI KECACATAN ENJIN

Di dalam dunia di mana ujian produk biasanya dibuat menggunakan peralatan berteknologi tinggi, Ford mendapati ujian tertentu tidak dapat mengalahkan keupayaan sepasang telinga untuk membantu memastikan Focus RS yang dikuasakan oleh enjin EcoBoost mencapai prestasi serta kecekapan optimum.

Ford-EcoBoost-Engine-Listeners-mekanika (2)

Para pekerja terlatih menjalankan satu ujian bunyi untuk mengesahkan enjin 2.3 liter EcoBoost berkuasa 234kW yang efisien dapat berfungsi dengan sempurna lebih awal sebelum ia dipasang pada model Focus RS.

“Pasukan ini tahu bagaimanakah bunyi enjin yang dikaliberasikan dengan sempurna. Mereka juga tahu bunyi apa yang perlu diteliti sekiranya terdapat masalah pada enjin,” kata Naib Presiden Kualiti, Ford of Europe, Gunnar Herrmann.

Ford Employs Specially Trained ‘Engine Listeners’ to Ensure

Di peringkat global, para pekerja di kilang Ford diajar untuk mengenal pasti kecacatan menggunakan ‘enjin’ rosak yang istimewa. Enjin itu mengeluarkan bunyi yang mereka perlu dengar.

Di  Valencia, Sepanyol, selepas beberapa bulan menjalani latihan dan bimbingan, ahli pasukan ini layak untuk menjalankan ujian intensif selama satu minit di dalam salah satu daripada 18 sel kalis bunyi yang ada di akhir saluran produksi.

Ford-EcoBoost-Engine-Listeners-mekanika (5)

Sekiranya jurutera ada mendengar sebarang bunyi berdetar-detar atau berdesing yang biasanya dikaitkan dengan masalah seperti laluan bendalir tersumbat atau gigi gear rosak, enjin itu akan dikeluarkan.

Jadi, pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan masalah tersebut akan diselesaikan. Dengan cara ini, kualiti proses pengilangan akan dapat terus dipertingkatkan.

Ford-EcoBoost-Engine-Listeners-mekanika (3)

Enjin EcoBoost 2.3 liter Ford berkuasa 254 kW yang dipasang pada Focus RS serba baharu. Ia memastikan hot hatch itu mampu mencatat pecutan 0‑100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 266km/j.

Kenderaan lain yang turut mendapat manfaat daripada ketelitian pendengar enjin di Valencia termasuklah Ford Focus ST, Kuga dan Mondeo.

Ford Employs Specially Trained ‘Engine Listeners’ to Ensure

“Pengalaman mendengar beribu-ribu unit enjin membolehkan kami terus mengenal pasti dengan pantas sekiranya ada yang tidak kena,” kata Juruteknik Kualiti, dari Kilang Enjin Valencia, Juan Carlos Rosmari.

Pasukan pendengar enjin Ford menjalankan ujian ke atas 2,000 unit enjin sehari di kilang Valencia. Menyediakan enjin untuk diuji memberikan ruang lega di antara sesi mendengar ini.

Jadi, pekerja dapat memberi konsentrasi penuh ketika ujian dilakukan. Method ujian yang sama ke atas enjin EcoBoost turut dijalankan di kilang-kiang terpilih di Asia Pasifik.

Google ads
Back to top button