DIBOIKOT KERANA HANTAR ANAK KE SEKOLAH DENGAN FERRARI 488

SHARE

Seorang lelaki diboikot dan disingkirkan daripada kumpulan WeChat kerana dia menghantar anaknya ke sekolah menaiki sebuah Ferrari 488.

Hanya dikenali sebagai Li, bapa kepada seorang murid di sebuah sekolah di Hangzhou, China berdepan masalah itu kerana dituduh menunjuk-nunjuk dan enggan memandu kereta lebih murah.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Li yang dikatakan seorang eksekutif kanan di sebuah syarikat pembangunan hartanah itu memperoleh pendapatan sebanyak 4 juta yuan (RM2.4 juta) setahun. Rekod perbualan menunjukkan Li ditegur oleh seorang guru bahawa ada segelintir ibu bapa yang kurang senang dia memandu kereta mewah tersebut.

Guru itu mendakwa keadaan itu boleh membawa kepada perbandingan tidak sihat dalam kalangan murid-murid. Ramai bu bapa lain menyokong dan mencadangkan supaya Li menukar kereta lebih murah untuk menghantar anaknya itu ke sekolah.

“Ini tidak betul. Anda tidak sepatutnya menunjuk-nunjuk, tidak kira anda kaya macam mana sekali pun,” kata sorang bapa.

“Kalau setakat hantar anak ke sekolah, kenapa tidak boleh guna kereta biasa sahaja? anda kan banyak duit,” kata seorang lagi.

“Jika melihat orang lain memandu kereta mewah boleh membuatkan orang berkecil hatim anak-anak anda terlalu sensitif. Lagipun, kenapa saya perlu membeli kereta lain semata-mata untuk memenuhi pemintaan anda?,” jawab Li.

Li kemudian mendapati dia telah disingkirkan daripada kumpulan WeChat tersebut apabila mesej terakhirnya, “Apa masalah anda semua?” gagal dihantar.

Insiden itu mencetuskan perdebatan dalam media sosial mengenai sikap suka menunjuk kemewahan di China. Sebanyak 30,000 komen telah diberi dan lebih 12,000 perkongsian kisah ini dibuat di laman sosial Weibo.

Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan tindakan guru tersebut, sejumlah netizen beranggapan guru dan ibu bapa harus menggunakan peluang ini untuk mengajar anak-anak tentang nilai kehidupan.

“Jurang kekayaan benar-benar berlaku. Lebih baik didik anak-anak untuk menghadapinya daripada menghalang orang lain memandu kereta sports dan menunjuk kemewahan mereka,” komen netizen.

sumber: South China Morning Post

Share this post

scroll to top