DISTINGUISHED GENTLEMAN’S RIDE 2017 AKAN BERADA DI PULAU PINANG DAN JOHOR BAHRU

SHARE

Pada tahun ini, Malaysia mengambil bahagian lagi sekali memeriahkan acara global Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) dengan edisi di Pulau Pinang.

Riders Garage dan Rotten Motocycles akan bekerjasama menganjurkan DGR Pulau Pinang dengan kerjasama penuh dari Art of Speed Malaysia. Konvoi itu akan disertai penunggang motosikal yang akan melawat Bandar Warisan UNESCO Georgetown dari pagi hingga tengah hari.

BACA: DGR 2016 SEDANG BERLANGSUNG

Perjalanan konvoi akan dimulakan dari satu tapak bersejarah yang akan dimaklumkan kelak dan akan membuat beberapa hentian di tapak-tapak bersejarah untuk sesi fotografi dan juga mencipta kesedaran awam.

Wan Zamani Ahmad, berusia 37 tahun, pengasas Rotten Motocycles, berasal dari Pulau Pinang yang memiliki bengkel restorasi dan binaan khas motosikal akan mengadakan perhimpunan untuk semua komuniti motosikal yang berasal dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menyertai konvoi dan berpakaian kemas untuk menyebarkan kesedaran mengenai kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.

Sementara itu, Jeremy Leong, berusia 29 tahun daripada Riders Garage akan membantu untuk menyokong penuh dengan kepakaran pentadbiran untuk memastikan acara ini berlangsung secara lancar dan bebas dari unsur-unsur mengaut keuntungan. Kedua-dua belah pihak akan bekerjasama secara sukarela sebagai cara untuk memberi semula kepada komuniti.

MALAYSIA – JOHOR BAHRU

Acara kebajikan Distinguished Gentleman’s Ride ini juga akan menambah satu lagi lokasi terkenal di Malaysia iaitu Johor Bahru.

Acara konvoi di JB akan diketuai oleh Muhammed Khairul Neezal Razali, berusia 34 tahun dari Leftee Works, seorang tukang besi tembaga. Neezal juga akan menyatukan semua penunggang dari Johor dan termasuk warga Singapura untuk menyertai konvoi ini di negeri paling selatan di Malaysia. Sementara itu, Art Of Speed akan mengambil bahagian dalam acara ini di Johor Bahru.

Dengan adanya tiga “tuan rumah” di Pulau Pinang dan juga di Johor Bahru, Art of Speed Malaysia akan membantu dari segi strategi pemasaran dan kepakaran mereka dalam mengelolakan acara untuk memaksimumkan kesedaran tentang DGR, kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.

 

(Visited 216 times, 216 visits today)

Share this post

scroll to top