Artikel PilihanBuletin

DOKUMENTARI BUILT FORD TOUGH

Dokumentari Built Ford Tough yang telah dilancarkan semalam akan membuktikan kepada anda tentang keupayaan sebenar trak pikap Ranger dalam mengharungi pelbagai kondisi ekstrem. 

Ford-Ranger-the- science-of-tough-mekanika (6)

“Kami menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk menghasilkan Ranger baharu. Ia sememangnya direka untuk bertahan dalam kondisi kegunaan yang luar biasa,” kata Ketua Jurutera Program untuk Ford Ranger, Ian Foston.

Satu pasukan krew penggambaran mengikuti para jurutera ke seluruh Thailand untuk mencari persekitaran paling mencabar, kemudian menguji empat elemen penting yang mendefinisikan keupayaan Ranger iaitu ruang kargo, output kuasa tork, kemampuan menunda dan sistem penyejukan enjin.

Pencarian tersebut membawa pasukan itu dari tapak pembinaan hub transit BTS Skytrain di Bangkok hinggalah ke kawasan pergunungan di utara sempadan Thailand, di mana laluan dan hutan belantara di sana sangat mencabar.

Ford-Ranger-the- science-of-tough-mekanika (2)

Episod 1: Jatuhan Berat

Di tapak pembinaan tersebut, Ranger menjalani ujian beban berat merangkumi palet-palet kayu, tiub konkrit, beg simen dan besi yang dijatuhkan dari ketinggian 2.6 meter ke atas ruang kargo untuk menguji had maksimum kotak berkenaan.

Ford-Ranger-the- science-of-tough-mekanika (3)

Episod 2: Kelasakan Ketika Menunda

Di kuari batu kapur, ujian sehari suntuk dalam keadaan panas terik dan hujan lebat menyaksikan pasukan jurutera Ford menguji Ranger bersama jentera pengangkut batu untuk melihat kemampuan menundanya. Ujian itu menggunakan geluncur besi tanpa roda yang direka untuk menunjukkan kuasa tarikan yang mengagumkan.

Ford-Ranger-the- science-of-tough-mekanika (4)

Episod 3: Air yang Dalam

Di kemudahan ujian kenderaan 4×4 yang terletak di hutan wilayah Kanchanaburi, ujian mengharung air yang ekstensif dijalankan. Pasukan jurutera menguji Ranger dalam pelbagai senario berbeza, daripada kelajuan tinggi hinggalah ruang kargonya dipenuhi beban pada kedalaman 800mm.

Ford-Ranger-the- science-of-tough-mekanika (5)

Episod 4: Ketahanan 24 Jam  

Trek laluan dalam hutan yang melalui kawasan pergunungan di sempadan utara Thailand menjadi tapak ujian paling mencabar untuk sistem penyejukan Ranger. Sistem penyejukan itu direka dengan pintar untuk menguruskan tekanan RPM yang tinggi,  keperluan menunda dan menggangkut beban ekstrem dalam jangka masa yang lama, mencecah 24 jam tanpa henti!

Tonton video ujian ini di bawah:

 

Google ads
Back to top button