Artikel PilihanBuletin

DRON BERSAIZ SEBENAR YANG BOLEH DIPANDU MANUSIA. BIJAK!

Ia adalah satu video pendek yang menarik, bilamana kelihatan seorang lelaki berjaya terbang dengan dron rekaan sendiri. Ia nampak stabil dan pantas.

Imej itu menarik apabila seorang lelaki, berpakaian keselamatan bersama topi keledar hitam, pakaian ketat olahraga, dan sarung tangan terapung di melalui udara pada sebuah drone yang terlalu besar.

“Persembahan” ini berlaku pada pada Isnin, 28 Julai lalu di bandar Tangxia, Dongguan di wilayah Guangdong Selatan China, ketika Zhao Deli yang berusia 40 tahun berjaya menerbangkan drone terbarunya baru 26 kaki ke udara.

BACA: DRON NISSAN GT-R!

Hoverbike inin dinamakan sebagai ‘Jin Dou Yun’ atau ‘Magical Cloud’ untuk menghormati ‘Somersault Cloud’  – seorang superhero Cina dongeng.

Menurut Zhao, buat masa ini, kelajuan tertinggi moto-drone tersebut adalah 70 km sejam. Ia boleh mencapai ketinggian 9,800 kaki, dan bateri mempunyai hayat penerbangan selama 30 minit.

Kenderaan ini dikawal menggunakan konsol yang dipasang pada bahagian hadapan bingkai, menggunakan kawalan ibu jari. Setiap satu daripada empat kipas yang dipadankan pada bingkai menerima kuasa sama rata dari sebuah motor yang dipasang pada bingkai utama di bawah kerusi. Kaki penunggang terletak di bahagian bawah bingkai.

Zhao bukanlah seorang jurutera yang terlatih. Beliau mula membaca teknologi drone ketika mereka mula-mula muncul, dan teringat zaman kanak-kanak ketika membaca tentang seorang lelaki Kanada yang berjaya membuat papan luncur “terbang”.

Walau bagaimanapun, impian ini ternyata tidak murah. Zhao berhenti kerja dua tahun yang lalu, menjual rumahnya, dan beralih kepada kawan-kawan untuk mendapatkan pinjaman untuk membiayai projek yang bernilai hampir RM600,000 (USD 145,000).

BACA: DRON KERETA KEBAL DARI KALASHNIKOV

Gudang pengujiannya di wilayah Guangdong dipenuhi dengan bukti percubaan awal, potongan-potongan jentera dan pelbagai peralatan.

“Ia seperti menunggang motorsikal di langit,” Zhao memberitahu seorang wartawan dari Guangshou Daily.

“Impian saya menjadi kenyataan selepas ujian penerbangan 1560 ini. Ia hebat, kan? ”

 

Google ads
Back to top button