BuletinMotosikal

DUCATI DENGAN PRODUKSI ENJIN V4, INILAH MESIN YANG KITA NANTI-NANTIKAN!

Laman permotoran Belgium, Maxxmoto berjaya merakamkan imej paling jelas setakat ini. Apa yang digembar-gemburkan sebagai era baru Ducati dengan mesin MotoGP dikomersialkan pada motosikal produksi massa mereka – bentangan selinder V4. Ia sesuatu yang sangat dinantikan oleh pasaran hari ini bagi mengembalikan kegemilangan dekad 90-an.

Sumber permotoran Eropah juga memberitahu bahawa ia akan menggunakan elemen rekabentuk dari enjin V-twin Superquadro dan Desmosedici V4, petanda bahawa pembangunannya hampir dengan mesin yang digunakan pada perlumbaan MotoGP.

BACA: HARLEY DAVIDSON BAKAL BELI DUCATI?

Beberapa minggu sebelum ini Ducati mengumumkan akan melancarkan edisi terakhir Panigale yang akan dikenalis ebagai “Final Edition“. Ia dikhabarkan akan dipertontonkan di Litar Laguna Seca.

Walaupun dua foto yang berjaya dirakamkan ini tidak cukup jelas, ia mempunyai bayangan susunan selinder V4. Masih dibayangi generasi Panigale dengan rekaan lengan ayun sebelah, begitu juga motosikal tanpa kerangka (frameless) di mana kesemua bahagian lengan ayun, suspensi dan sub-kerangka belakang dipasangkan terus ke bahagian enjin.

Selinder bahagian sisi juga kelihatan lebih terdorong ke belakang, memberi gambaran bahawa pembahagian berat yang dinamik untuk motosikal superbike generasi baru ini.

Sepertimana Panigale 1299 Superleggera yang dilancarkan di pameran motosikal paling berprestij EICMA, tahun lalu, Ducati V4 juga dijangka akan membuat penampilan pertamanya di halaman mereka sendiri, Milan Itali.

Sudah tentu, ia akan jadi salah satu berita paling besar untuk tahun ini!

 

 

 

 

Google ads
Back to top button