BuletinMotosikal

DUCATI KUASAI MOTOGP CZECH. ROSSI GAGAL PODIUM, WALAUPUN DAHULUI PERLUMBAAN

Perlumbaan MotoGP di Litar Brno Republik Czech semalam merupakan perlumbaan yang sangat berstrategi oleh setiap pasukan. Sejak awal perlumbaan yang dikejutkan dengan insiden perlanggaran hingga ke penamapt perlumbaan yang dramatik.

Jelas, jentera dari pasukan Ducati sangat “gagah” di sini. Dovizioso menguasai dari awal perlumbaan dengan baik, dieekori rapat Rossi, kemudian Marquez, kemudian Lorenzo.

Andrea Dovizioso mengatakan kemenangan kedua yang lama ditunggu-tunggu untuk tahun ini adalah bukti peningkatan mesin Ducati GP18 musim ini.

Pelumba Ducati itu kembali memenangi tempat pertama kali sejak pembukaan 2018 di Qatar selepas menewaskan rakan sepasukan Jorge Lorenzo dan memimpin pusingan demi pusingan bersama Marc Marquez untuk kemenangan di Brno.

Kejayaan Dovizioso melonjakkannya ke tempat ketiga dalam kedudukan penunggang dan merapatkan jurang Marquez ke 68 mata, Dengan Valentino Rossi masih menduduki tempat kedua 19 mata di depan rakan senegaranya selepas menduduki tempat keempat di Republik Czech semalam.

Dovizioso mengatakan kejayaannya di Brno mengekalkan keyakinannya terhadap prestasi Ducati dan mengakui telah menemui titik terbaik jentera 2018 itu pada ‘setiap hujung minggu’.

“Jika anda belajar setiap hujung minggu dengan mudah boleh sedar bahawa jentera kami lebih baik daripada tahun lepas,” kata Dovizioso. 

“Dalam ketiga-tiga perlumbaan sebelum ini, kami berjuang untuk podium sehingga kami kehilangan banyak mata.

“Saya berasa lebih baik dan saya mampu bertarung dengan cara yang lebih baik. Saya tidak gembira 100 peratus, saya fikir kita masih perlu menyediakan tayar dengan cara yang lebih baik tetapi keseluruhan motosikal kami adalah bagus. ”

MotoGP berangkat ke Austria pada hujung minggu depan di mana Ducati telah yakin untuk mendapat kemenangan berturut-turut termasuk kemenangan 12 bulan lalu di Red Bull Ring.

“Saya percaya apa yang kami tukar pada hujung minggu ini akan memberi kesan sedikit ke atas kejohanan kedua,” katanya.

“Motosikal kami di landasan ini lebih baik kerana mempunyai pecutan kuat yang memberi kami kemungkinan untuk menyelamatkan tayar dan pantas.”

Perlumbaan semalam juga menyaksikan aksi dramatik pelumba tumpuan, Valentino Rossi yang mengekori rapat Dovi pada pusingan dua hingga 11. Bagaimanapun, Rossi dipintas satu pertsatu perlumba sehingga ke penghujung saingan.

Sementara itu, pelumba harapan negara, Hafizh Syahrin sekadar di tempat ke -14. Namun beliau berjaya mengutip 2 mata berharga. Meskipun mencatatkan ujian masa terbaiknya di tempat ke-4 pada hari Jumaat, Hafizh masih gagal menempatkan diri dalam kelopmpok teratas dalam ujian kelayakan pada Sabtu.

 

Google ads
Back to top button