BuletinMotosikal

DUCATI MULTISTRADA 950, ADIK MULTISTRADA 1200 YANG LEBIH MURAH

Pasaran motosikal kembara atau touring sememangnya satu perkara yang diperhatikan oleh ramai orang. Ia pasaran yang terus berkembang kerana motosikal jenis ini mampu ditinggang oleh ramai orang. ia tidak memerlukan kemahiran tinggi sepertimana sportbike. Cukup ketingggian, fizikal dan tubuh badan, touring adalah pilihan tepat.

Namun masalah dengan motosikal kembara ialah pilihan yang sangat terhad. Satu masa dahulu, motosikal kembara/dual purpose adalah berkisar tentang keluarga BMW GS, Honda Africa Twin, Suzuki DR Big dan siri KLE/KLR dari Kawasaki.

Namun apabila Kawasaki Malaysia membawa masuk Versys, barulah pengeluar lain berebut memperkenalkan motosikal masing-masing. Honda Ada CB500X, Suzuki bawa V-Strom, Benelli TRK502, Yamaha MT-09 Tracer, Triumph Tiger dan yang lebih kecil lagi menerusi Versys X-250 dan KTN-S 200cc.

Ducati ada Multistrada 1200 dalam pasaran. Namun dengan harga jualan Zionis, ia susah untuk dijustifikasikan lebih-lebih lagi bila dibandingkan dengan “raja” touring BMW R1200GS. GS ni kalau spesifikasi biasa dia (bukan Adventure) lagi murah dari Multistrada.

Justeru, Ducati Malaysia pun membawa masuk Multistrada yang lebih kecil. Multistrada 950 ini lebih ringan berbanding abang besarnya. Pelananya berketinggian 840mm. Ia dilengkapi roda hadapan 19 inci untuk lebih keselesaan dengan suspensi 170mm dan paling membezakannya dengan Multistrada 1200 ialah lengan ayun belakang. Dua belah, berbanding single sided pada 1200.

Ia dilengkapi enjin 937ccTestastretta yang menghasilkan 113 kuasa kuda pada 9,000rpm dan tork 96.2 Nm pada 7,750 rpm. Tidak dilupakan ialah empat mod tunggangan iaitu Touring, Sport, Urban dan Enduro.

 

 

Multistrada 950 juga dilengkapi pakej Ducati Safety Pack meliputi sistem ABS Bosch 9.1 MP dengan tiga talaan dan juga 8-level Ducati Traction Control.

Motosikal ini dijual pada harga RM85,900.00 termasuk GST.

GALERI

 

Google ads
Back to top button