Buletin

DUNIA RALI : RALI PERAK BATAL & WRC BAKAL KEMBALI KE JEPUN

Agak lama juga Mekanika tidak menerbitkan artikel berkaitan perkembangan rali global dan berita tentang dunia rali tempatan pun hanya setakat International Rally of Johor yang berlangsung bulan Julai yang lalu. Jadinya, Brader Karrager akan membuat rangkuman berita tentang perkembangan rali (walaupun tidak ramai yang mengikutinya).

BACA : WRC 2018 RALI GUANAJUATO MEXWRC 2018 RALI GUANAJUATO MEXICO – SÉBASTIEN OGIER JUARA LAGI!ICO – SÉBASTIEN OGIER JUARA LAGI!

BACA : IROJ 2018 – YUYA SUMIYAMA DAN RACHMAT MENGUASAI APRC & MRC

Malaysian Rally Championship

Kalau hendak diikutkan dalam jadual musim 2018 sesudah tamatnya pusingan pertama di Johor, pusingan berikutnya sepatutnya kembali ke Perak pada bulan September ini. Namun berdasarkan posting terkini dalam laman sosial rasmi, MRC pusingan kedua (sepatutnya pertama namun ditunda pada ketika itu akibat daripada bertembung dengan penamaan Calon PRU tempohari) turut terpaksa dibatalkan setelah perbincangan semula dengan pihak penaja.

Berita ini barangkali memberikan sedikit berita gembira kepada pasukan yang bertanding atas faktor penjimatan kos. Akan tetapi dari segi suatu sudut, ianya menenggelamkan sedikit populariti sukan rali yang baru hendak menampakkan meriahnya tahun ini setelah penubuhan beberapa pasukan baharu serta kemasukan pelumba dari negara luar.

Apa pun, peminat rali harus menunggu pusingan berikutnya yang dijadualkan bulan Oktober nanti di Terengganu.

World Rally Championship

Ramai yang sedia maklum, Jepun selain daripada pernah menjadi salah satu gelanggang WRC, mereka turut pernah melahirkan kereta-kereta lumba rali yang bukan kepalang seperti Mitsubihsi Evolution. Setelah sekian lama, khaharnya, perbincangan lanjut telah pun berlangsung sewaktu perlumbaaan WRC di Jerman minggu lalu, di mana perjanjian melibatkan Promoter WRC dan juga Penganjur dari Jepun.

Tiada aral melintang, WRC Jepun ini bakal kembali semula ke Jepun untuk kalendar perlumbaaan musim 2019 setelah sembilan tahun menghilang. Perlumbaan ini dijangka dilangsungkan di Hokkaido. Baru semangat sikit pasukan Toyota nak beraksi dalam bumi sendiri, iya tak?

Manakala perkembangan WRC, setelah tamat perlumbaan di Jerman, persaingan sengit terus berlangsung membabitkan penyandang juara Sebastian Ogier yang kini di tangga kedua dengan 149 mata dan juga pendahulu, Thierry Neuville yang mendahului carta dengan 172 mata.

Saingan WRC kini hanya berbaki empat pusinga, Turki, Wales, Sepanyol dan yang terakhir di Australia. Mungkinkah tahun ini juara baharu bakal ditabal?

Google ads

B K

Back to top button