Buletin

EARTHROAMER XV-HD – KENDERAAN KEMBARA BERNILAI USD1.5 JUTA

RV ataupun kenderaan rekreasi merupakan satu fenomena biasa di Amerika Syarikat. Ia biasanya berbentuk seperti sebuah bas tetapi lengkap dengan segala kelengkapan seperti sebuah apartmen dan digunakan untuk perjalanan jauh merentasi sempadan negeri dan negara.

RV bagaimanapun terhad kepada kegunaan di lebuh raya ataupun jalan-jalan biasa selain berhenti di hentian RV yang dikhaskan. Ia tidak sesuai digunakan untuk meredah kawasan seperti Safari di Afrika ataupun digunakan di laluan off road. Walaupun ada pengeluar yang mengeluarkan RV khusus untuk kegunaan tersebut ia biasanya lebih mahal berbanding RV biasa.

Kenalkan RV terbaru untuk mereka yang mampu membayar kosnya, Earthroamer XV-HD yang kelihatan seperti sebuah kubu bergerak dan jauh berbeza daripada RV biasa. Nampak macam kenderaan khas tentera pun ada.

XV-HD ini merupakan produk terbaru Eartroamer, sebuah syarikat yang ditubuhkan khusus untuk menghasilkan kenderaan RV sejak dari tahun 1998. Sebelum ini syarikat ini menggunakan Ford F-550-XV-LTS sebagai asas RV mereka, kini mereka maju setingkat lagi dengan menggunakan platform F-750 pacuan-empat-roda.

BACA: ANDA SUKA MOTORHOME? CAM CARAVAN KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Kuasa Earthroamer XV-HD ini datangnya daripada enjin 6.7-liter Powerstroke disel V8 Ford yang sudah terbukti. Earthroamer tidak memberitahu varian enjin mana digunakan tetapi untuk 2017 enjin ini mampu menghasilkan 440 hp kuasa dan 1254 Nm tork.

Selain daripada enjin dan casis asas, bahagian lain semuanya telah dirombak semula. XV-HD ini memnggunakan tayar-tayar Michelin XZL bersaiz 46-inci dan digandingkan dengan suspensi udara di belakang. Penyerap hentaknya pula adalah dari keluaran Fox dengan sistem pelarasam hidraulik. Winch dan kelengkapan lampu-lampu LED pula merupakan pelbagai model keluaran Baja Designs.

Disebabkan ini adalah kenderaan kembara yang sebenar dan bagi membolehkannya pergi ke kawasan terpencil ia mampu menyimpan tenaga solar sehingga 2,100 watts, bank bateri lithium ion 20,000 watts, generator hidraulik, tangki air 250 gelen dan tangki bahan api yang mampu memuatkan 115 gelen disel.

Masuk ke bahagian dalam apartmen bergerak ini dan anda akan dapati yang ianya cukup lengkap dengan segala kelengkapan antaranya ialah dapur yang cukup lengkap, tandas dengan tempat mandi berasingan, mesin masuh dan pengering, lantai lengkap dengan pemanas dan sistem audio daripada Bose. Tempat tidur sudah semestinya lengkap.

 

Macam kami katakan tadi, RV ini bukannya murah, syarikat dari Colorado ini mengenakan harga USD1.5 juta (RM6.35juta) untuk setiap unit dengan pendahuluan sebanyak USD375,000 (RM1.5juta) sewaktu tempahan. Semua harga tu belum termasuk cukai kalau nak bawak masuk Malaysia. Tempah sekarang dah mungkin anda akan balik kampung dengan bergaya pada hari raya tahun hadapan.

GALERI:

Google ads
Back to top button