Artikel PilihanBuletin

ECOBOOST KIAN POPULAR DI ASIA PASIFIK

Pada Hari Alam Sekitar Sedunia baru-baru ini, Ford Motor Company menyatakan bahawa jualan kenderaan yang dilengkapi oleh keluarga enjin EcoBoost Ford di seluruh rantau Asia Pasifik kian meningkat. 

Ford-EcoBoost-Asia Pasifik-mekanika (3)

Ketika jualan keseluruhan kenderaan Ford di Asia Pasifik meningkat sebanyak 30 peratus pada empat bulan pertama tahun ini, jualan kenderaan yang dilengkapi enjin Ecoboost melonjak 164 peratus dalam tempoh sama. Jualan itu dipacu oleh kenderaan seperti Fiesta baharu yang dikuasakan oleh enjin EcoBoost 1.0 liter tiga silinder.

“Di seluruh rantau ini, semakin ramai pengguna memilih EcoBoost kerana kombinasi kuasa, kecekapan dan emisi rendah yang ditawarkannya,” kata President Ford Asia Pasifik, Dave Schoch.

Ford-EcoBoost-Asia Pasifik-mekanika (1)

Enjin 1.0 liter EcoBoost pada Ford Fiesta yang dinamakan sebagai enjin terbaik antarabangsa (International Engine of the Year) untuk dua tahun berturut-turut (2012 dan 2013).

Teknologi EcoBoost Ford yang memiliki lebih 125 paten menggunakan kombinasi sistem pengecas turbo, pancitan terus dan injap pemasaan boleh ubah untuk mengurangkan sesaran enjin. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah125 PS (92 kW) dan tork puncak 170Nm.

Ford-EcoBoost-Asia Pasifik-mekanika (4)

Sekali gus menyaingi kuasa dan prestasi enjin petrol tradisional bersesaran 1.6 liter. Di pasaran ASEAN, enjin ini berupaya mencatatkan penjimatan bahan api sekitar 18.9km/l dan emisi karbon dioksida cuma 121 g/km.

Di antara bulan Februari dan April, kelebihan ini telah meyakinkan lebih 27 peratus pembeli Fiesta baharu di Taiwan, manakala lebih 17 peratus pelanggan di Indonesia memilih model yang dilengkapi enjin EcoBoost. Di antara bulan Januari dan April, lebih daripada 37 peratus pembeli di Vietnam, 31 peratus pelanggan di Filipina dan 30 peratus di Thailand memilih Fiesta baharu yang menggunakan enjin 1.0 liter EcoBoost.

Ford-EcoBoost-Asia Pasifik-mekanika (5)

Minat terhadap enjin EcoBoost merangkumi seluruh kenderaan global One Ford yang kian berkembang di rantau ini. Di Jepun, 68 peratus daripada jumlah jualan keseluruhannya terdiri daripada kenderaan yang dilengkapi enjin EcoBoost. Angka itu diikuti rapat dengan 60 peratus jualan keseluruhan di Korea Selatan.

Di China pula, lebih 23 peratus kenderaan baharu Ford yang dijual dilengkapi oleh enjin EcoBoost. Sementara 95 peratus pelanggan memilih enjin EcoBoost ketika membeli model  croosover Ford Edge. Di Filipina, lebih 60 peratus pelanggan Ford Explorer memilih enjin EcoBoost.

Ford-EcoBoost-Asia Pasifik-mekanika (2)

Malaysia merupakan pasaran utama dalam pelan pengembangan aggresif Ford di ASEAN. Rangkaian produk baharu Ford bakal menampilkan enjin EcoBoost yang revoulusionari, termasuklah:

  • Ford S-Max 2.0L EcoBoost (RM 198,918)
  • Ford Mondeo 2.0L EcoBoost (RM193,918)
  • Ford Focus ST 2.0L EcoBoost (RM208,918)
  • Ford Kuga 1.6L GTDI EcoBoost (RM 161,051)
  • Ford Fiesta 1.0L EcoBoost (RM 96,551)

FOCUS_ST_5

“Memang mengujakan apabila melihat permintaan yang amat memberangsangkan terhadap enjin EcoBoost pada semua kenderaan yang ditawarkan di Asia Pasifik, sama ada ia 1.0-liter, 1.5 liter, 1.6 liter atau 2.0 liter,” kata Naib Presiden Pembangunan Produk, Ford Asia Pasifik, Trevor Worthington.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button