EDISI TERAKHIR TYPE R “BLACK EDITION” – RM175,000, TERHAD 100 UNIT

SHARE

Type R adalah legasi penting Honda dalam sejarah kereta penumpang bagi varian prestasi tinggi. Sejak pengenalan model Civic EK9, EP3 dan FD2, Type R dianggap “ketua keluarga” bagi mana-mana kelompok Civic yang dihasilkan.

Bila Integra diberhentikan pengeluarannya pada model terakhir DC5, Civic R satu-satunya model warisan yang tinggal namun selepas FD2, masa depan Type R asli JDM (Japan Domestic Model) nampak suram.

BACA: CIVIC FD CONVERT TYPE R

BACA: VARIASI MODIFIKASI CIVIC DI SEMA 2016

FD2R adalah warisan terakhir Jepun. Tiada R bagi model FC kerana Type R dibuat di UK menerusi model FN2. Ia kemudiannya digantikan dengan model terkini FK2.

type-r-black-edition-uk-100-unit-4

FK2 tiada kaitan langsung dengan FB, ia sebuah kerangka baru yang dibangunkan bersama enjin 2 liter turbo yang pertama kalinya dengan induksi paksa berkuasa 306 kuasa kuda.

Adakah ia mendapat imej baru “R”yang lebih berkuasa?

Mungkin Ya dan mungkin tidak. Bagi pengikut setia “fahaman” JDM, FN2 dan FK2 tidak cukup sifat Jepunnya. Tapi bagi pasaran yang sudah tiada pilihan tentu sahaja FK2 dianggap dewa.

Ini pula adalah versi terakhir yang akan mengakhiri produksi Type R. Dikenali dengan nama Black Edition baru dilancarkan di UK dengan hanya 100 unit. Seperti namanya, ia akan dihasilkan dengan badan warna hitam dan kemasan dalaman dibalut tema sama dengan garisan merah.

type-r-black-edition-uk-100-unit-1

Menurut Phil Webb dari Honda UK, sehingga sekarang terdapat 2500 produksi Type R yang dijual dan 100 unit ini adalah yang terakhir yang paling istimewa. Ia bakal menjadi siri koleksi peminat Honda Civic khususnya.

Ia dijual pada harga £32,300 atau RM175,000 di UK. Seperti biasa, tunggu sahaja selepas setahun akan masuk ke Malaysia. Kalau model FK2 recond biasa pun dah RM300K, yang Black Edition ni memang meninggal sebanyak 17 kali.

Sebenarnya elok juga tamatkan cepat siri Type R UK ni. Kami nak yang asli JDM. Model Civic FC ketam sekarang sudah bersedia dengan siri R nya dan lebih menarik juga didakwa akan datang dengan pilihan transmisi CVT.

Manual pun ada. Jangan bimbang.

 

 

(Visited 114 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top