EH EH BUSFEST PUTRAJAYA 2014

SHARE

Buat julung-julung kalinya, festival bas diadakan di Malaysia. Dikenali sebagai EH EH Busfest Putrajaya 2014, ia bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan dan penggunaan bas di Putrajaya.

EH-EH-Busfest-Putrajaya-2014-mekanika (8)

“Kita lebih memberi tumpuan mengajak orang ramai menaiki pengangkutan awam, sekali gus mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral sebagai hub pengangkutan awam untuk kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn. Bhd. (PAPSB), Ab Rahim Md Junoh.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

EH-EH-Busfest-Putrajaya-2014-mekanika (9)

Bagi memeriahkan suasana, pelbagai acara menarik telah disusun. Antaranya termasuklah pertandingan mencari harta karun menggunakan bas Putrajaya yang memerlukan para peserta memahirkan diri dengan laluan bas Putrajaya.

EH-EH-Busfest-Putrajaya-2014-mekanika (12)

Selain itu, pertandingan mencipta logo bas, pameran berkaitan sistem dan aplikasi pengangkutan awam, pameran seni ‘doodle’ oleh pelukis indie Ann Jaafar yang semakin popular di laman Instagram, pertandingan #SelfieBusfest, tayangan filem dalam bas serta pameran oleh agensi-agensi kerajaan juga diadakan.

Bermula pada hari ini hingga Ahad, Festival akan dimulakan pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Berlokasi di sekitar Stesen Putrajaya Sentral, Presinct 7 Putrajaya, ia dirasmikan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.

EH-EH-Busfest-Putrajaya-2014-mekanika (10)

Kempen itu turut melibatkan beberapa selebriti tanah air seperti DJ Lin yang popular dengan slot Suria Cinta di radio Suria FM serta Puteri Sarah Liyana. Sementara artis-artis lain yang terlibat dengan bazaar pula ialah Hafiz Hamidon, Rita Rudaini, Dj Lin, Andy Flop Poppy, Sharifah Zarina, Noryn Aziz, Intan Ladyana dan Sharifah Shahora.

EH-EH-Busfest-Putrajaya-2014-mekanika (4)

Maklumat lanjut mengenai festival EH EH Busfest Putrajaya 2014 boleh diperoleh melalui laman web EH EH Bazaar di http://www.ehehbazaar.com dan http://papsb.com.my atau hubungi talian 012-2920131 dan 03-89120716.

Share this post

scroll to top