Buletin

ETCM BUKA PUSAT 3S MEGA DI JOHOR JAYA

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) terus merintis jalan dalam pasaran automotif tempatan apabila membuka pusat 3S(jualan, Servis dan alat ganti) terbesarnya di Malaysia. 

ETCM-Johor-Jaya-3S-Centre-mekanika (6)

Pusat 3S Mega Johor Jaya itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Mohamed Dewam dan Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr Ang Bon Beng.

Menelan belanja mencecah RM25 juta, pusat 3S serba baharu itu sememangnya menjadi pusat sehenti buat Nissan dan ETCM. Ia dilengkapi sebuah bilik pameran, MUV Kenderaan Terpakai Bertauliah, Divisyen Sewa Beli dan Insurans, Pusat Pengedaran Kenderaan dan pusat servis.

ETCM-Johor-Jaya-3S-Centre-mekanika (1)

Pusat 3S Johor Jaya setinggi enam tingkat itu dibina di atas tanah 2.15 ekar dengan binaan seluas 256,000 kaki persegi. Ia dilengkapi 440 ruang parkir, sebuah bilik pameran yang boleh menempatkan semua rangkaian model Nissan sehingga 30 unit. Ia juga mempunyai 36 ruang penyelenggaraan dengan kapasiti menjalankan servis sehingga 150 buah kenderaan sehari pada satu-satu masa.

Sebuah lounge dengan perkhidmatan Wi-Fi juga disediakan untuk keselesaan pelanggan. Sementara sudut kanak-kanak menyediakan hiburan kepada pelanggan yang datang bersama anak masing-masing.

ETCM-Johor-Jaya-3S-Centre-mekanika (3)

Pusat 3S Johor Jaya bukan sekadar besar dari segi saiznya, tetapi ia juga merupakan konsep ‘Bandar Tan Chong’. Pusat 3S Mega memberi peluang kepada para pelanggan untuk memandu uji, membiayai model-model Nissan, menjual kenderaan terpakai, menukar kereta lama, mendapatkan perkhidmatan servis, alat ganti serta mengedar kenderaan Nissan ke seluruh wilayah Selatan.

“Memandangkan rangkaian produk Nissan terus berkembang dan semakin bagus, adalah penting untuk kami meningkatkan pengalaman selepas jualan dengan menyediakan kemudahan yang terbaik di kawasan ini,” jelas Ang.

ETCM-Johor-Jaya-3S-Centre-mekanika (9)

Sehingga kini, ETCM memiliki rangkaian 100 buah bilik pameran yang ekstensif, merangkumi pengedar dan 60 bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di  seluruh negara. ETCM mensasarkan untuk mempunyai 19 pusat 3S di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button