FASTBACK SPORT SEDAN KIA STINGER

SHARE

Kia Motors America (KMA) hari ini mencuri tumpuan apabila melakukan debut global Kia Stinger pada acara North American International Auto Show 2017. 

Model fastback lima tempat duduk itu dikatakan menjadi jentera produksi paling berprestasi pernah dihasilkan oleh Kia setakat ini.

2018 Stinger

“Bermula dari model konsep GT yang didedahkan pada Frankfurt Motor Show 2011, kami mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat talaan dan menambah baik jentera ini di litar Nurburgring, Jerman,” kata Naib Presiden, Perancangan Produk KMA, Orth Hedrick.

BACA: PREBIU KIA CARNIVAL 5 PERKARA YG ANDA PATUT TAHU

BACA: PROGRAM KIA VALUE 5 – BERI JAMINAN NILAI KERETA TERPAKAI KIA ANDA

Rekaan Stinger diselia oleh Ketua Pegawai Reka Bentuk Kia Motors, Peter Schreyer di Frankfurt. Sementara aspek pengendalian pula diuruskan oleh Ketua Pembangunan Ujian dan Kenderaan Berprestasi Tinggi Kia, Albert Biermann yang sebelum ini bekerja dengan BMW.

2018 Stinger

Stinger dijana oleh dua pilihan enjin. Enjin 2.0 liter empat silinder Theta II dengan sistem pengecas turbo mampu menghasilkan kuasa 255hp dan tork 494Nm yang mampu diperah bermula dari1,400-4,000rpm.

Enjin kedua ialah V6 Lambda II bersesaran 3.3 liter yang berkuasa 365hp dan tork 494Nm. Kia mendakwa Stinger dengan enjin ini berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 5.1 saat.

2018 Stinger

Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajauan generasi kedua. Stinger juga menjadi sedan pertama Kia yang dipasang dengan sistem pacuan roda belakang atau semua roda.

Stinger dibina di atas kerangka yang terdiri daripada 55 peratus besi regangan tinggi dan sangat tegar. Ketegaran itu menyumbang kepada kualiti pengendalian dan kabin yang lebih senyap.

2018 Stinger

Jentera itu menjadi model Kia pertama menggunakan suspensi yang boleh diubah secara elektronik, dikenali sebagai Dynamic Stability Damping Control. Sistem tersebut mempunyai lima mode pemanduan iaitu Personal, Eco, Sport, Comfort dan Smart.

Dijangka mula dijual menjelang akhir tahun ini, Stinger bakal menjadi pesaing sengit kepada model-model seperti Audi A5, Infiniti Q50 dan BMW 4 Series Gran Coupe. Harganya hanya akan diumumkan kelak.

(Visited 39 times, 25 visits today)

Share this post

scroll to top