Buletin

FASTEST CAR: SUPERCAR ATAU SLEEPER CAR YANG LAGI LAJU?

Rumah korang ada Netflix? Kalau ada, abang Japar nak cadangkan satu rancangan baru terbitan Netflix original series.

Bukan macam Top Gear, The Grand Tour atau Fifth Gear, program yang diberi nama Fastest Car itu tidak memberi fokus kepada hos atau apa yang berlaku dalam dunia automotif pada masa sekarang.

Malah, rancangan ini tidak ada hos pun. Cuma ada temuramah dengan pemilik kenderaan yang akan bertarung pada hujung setiap episod. Cool juga.

Jadi apa yang menjadi isi utamanya? Secara ringkasnya,Fastest Car memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri kereta apa yang paling laju dalam perlumbaan drag.

Ini adalah pertarungan di antara supercar moden dengan kereta-kereta sleeper yang telah menerima penambahbaikan ekstensif dari segi prestasinya.

Musim pertama hadir dalam lapan episod. Dengan purata 45 minit bagi setiap episod, Fastest car menampilkan bermacam-macam jenis kereta. Daripada Ford GT, sehinggalah trak pikap Dodge, Chevrolet dan Honda Odyssey.   

Haaa.. kalau kereta-kereta tersebut berlumba, korang rasa mana satu yang akan menang? Keputusannya mungkin agak mengejutkan.

Selain daripada kereta, cara kereta-kereta dan pemiliknya dipaparkan pun agak menarik. Takde la lurus macam pembaris sangat. Abang Japar sempat lah layan episod pertama, boleh tahan jugak lah.

Malas lah nak cakap banyak-banyak, korang tengok lah sendiri.

Google ads
Back to top button