Buletin

FERRARI UGUT TINGGALKAN F1 – TIDAK PUAS HATI DENGAN PERATURAN BARU

Bos Ferrari nampaknya tidak berpuas hati dengan beberapa peraturan baru yang ditetapkan untuk F1 oleh pemilik barunya, Liberty Media. Beliau dikatakan cukup tidak gembira dengan peraturan enjin baru dan telah mengadakan pertemuan dengan para pelabur Ferrari dan mengakui pasukannya mungkin akan meninggalkan F1 terus dalam masa 3 tahun.

Peraturan baru tersebut yang bakal dikuatkuasakan sebaik kontrak semua pasukan tamat pada tahun 2020 ialah dengan memperkenalkan enjin yang lebih ringkas dan murah termasuklah penghapusan MGU-H agar saingan menjadi lebih terbuka.

Mercedes dan Renault juga dikatakan  turut membantah cadangan tersebut yang yang dikemukakan oleh Liberty Media yang telah membeli hakmilik F1 dari Bernie Ecclestone pada tahun ini.

Syarikat gergasi media dari Amerika Syarikat itu telah melengkapkan pengambilalihan Formula Satu awal tahun ini dan memulakan rancangan untuk memajukan lagi sukan tersebut.

Salah satu cadangan mereka untuk menarik minat penonton ialah memastikan keseimbangan dalam agihan pendapatan kepada pasukan agar mereka boleh bersaing dengan lebih kompetitif.

BACA: PORSCHE NYATAKAN MINAT UNTUK JADI PEMBEKAL ENJIN KERETA FORMULA SATU

Pengerusi dan CEO Ferrari bagaimanapun juga tidak gembira dengan cadangan tersebut. Ferrari merupakan pasukan F1 paling menonjol dan satu-satunya pasukan yang menyertai setiap perlumbaan F1 yang telah diadakan sejak sukan ini dimulakan pada tahun 1950.

Peraturan baru yang diperkenalkan ini mungkin mengakibatkan hubungan yang dijalin selama ini diputuskan selepas 2020.

Marchionne menjelaskan, “Terdapat beberapa perkara yang kami tidak setuju dalam pembangunan strategik sukan ini . Malah kami rasa sukan ini akan mempunyai hala tuju berlainan pada 2021 akan memaksa kami membuat bagi pihak Ferrari.”

“Saya faham yang Liberty Media tentu sudah membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan tetapi melainkan kami rasa ia berfaedah untuk memelihara jenama dan pasaran Ferrari, selain menguatkan lagi posisi unik Ferrari, kami tidak akan turut serta.”

Pelbagai kemungkinan mungkin berlaku selepas 2021 tetapi ia bukan masalah besar buat Ferrari. Mereka akan bermesyuarat lagi minggu depan dalam mencari penyelesaian terbaik.

Google ads
Back to top button