FIA SIASAT FERRARI KERANA DISYAKI SENGAJA MENGHADANG KAMERA

SHARE

FIA merancang untuk memeriksa peranti kamera terkini Ferrari dalam usaha untuk memastikan ia tidak dibina dengan sengaja bertujuan untuk menghalang pandangan kamera dalam kereta lumba mereka.

Ferrari sebelum ini telah memanipulasi perlumbaan sebelum ini kerana menggunakan “beg penyejuk” untuk cuba menutup kamera di atasnya.

Walaupun pasukan itu mendakwa ia diletakkan di atas kamera untuk menyejukkan peralatan elektronik, kecurigaan itu terjadi apabila komponen tersebut sebenarnya digunakan untuk menghalangi lensa onboard. Ia sekaligus menghalang pesaing mereka melihat tetapan stereng.

BACA: SAMAN FERRARI KERANA MASALAH CAT

Menjelang Grand Prix Itali, FIA memberitahu Ferrari untuk berhenti menggunakan beg kamera dengan segera. Sebagai tindak balas, Ferrari menggunakan payung pada grid untuk menyembunyikan stereng kawalan mereka.

Pada pusngan Gran Prix F1 di Singapura yang lalu, Ferrari menaikkan sedikit posisi alat penyejukan peti udara serba baharu yang telah direka sedemikian rupa sehingga salur-salur lekap yang kelihatan seperti sisik menghalang pandangan kamera ke dalam kokpit.

Pengarah perlumbaan F1, Charlie Whiting berkata, sistem baru itu apabila ia berada di luar kereta kelihatan tidak terdapat sebarang masalah – tetapi satu lagi pemeriksaan akan dibuat apabila dipasang untuk melihat sama ada ia menyekat sebarang pandangan.

“Selagi ia tidak menghalang pandangan kamera, kita tidak keberatan,” kata Whiting.

“Jika mereka menyejukkan OCU, yang merupakan unit di atas di mana kamera itu berada, tidak mengapa selagi ia tidak menyekat pandangan kamera.”

Share this post

scroll to top