Artikel PilihanBuletin

FILEM FAST & FURIOUS JADI PUNCA KERETA-KERETA SPORT JDM SEMAKIN MAHAL

17 tahun selepas beraksi di pawagam, filem Fast & Furios diakui meninggalkan pengaruh besar dalam scene kereta JDM di seluruh dunia. Ia masih filem aksi-kereta yang digemari semua.

Bermula dari aksi asal Brian O’Connor dan Vin Diesel dengan Toyota Supra dan Evo, hinggalah kepada aksi letup-letup kapal selam dan kereta salji. Secara asasnya, filem ini masih berkisar tentang kereta dan hubungan keluarga.

BACA – MITSUBISHI RVR EVO III

Dalam kesedapan menonton aksi ini juga, ada kesan lain yang secara tak langsung berlaku. Menurut sebuah laman web ClassicCars.com, filem ini antara punca menyebabkan harga kereta sports JDM 90-an di pasaran meningkat dengan mendadak di pasaran Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi model Toyota Supra JZA80 dan Mazda RX7 FD3S.

Menurut ClassicCars.com, RX-7 yang dahulunya berharga USD$33,000 (RM132,709) kini meningkat pada harga purata USD$57,360 (RM230,673) sebuah.

Sementara Toyota Supra dijual pada harga USD$50,000 (RM201,075) pada 1993, kini harganya sudah mencecah sehingga USD$70,000 (RM281,505).

Model yang turut kena tempias JDM ini ialah Honda Integra (DC2) yang mana pada ketika baru harganya sekitar USD$15,000 (RM60,322) tetapi kini, rata-rata model yang sama dijual sekitar USD$20,000 (RM80,430)

BACA – EVO I-III KERETA SPORT LEJEN!

Pun begitu, ada beberapa model yang tidak terkesan contohnya Nissan 240SX yang kini boleh dibeli pada harga “beberaparibu dolar” sahaja berbanding harga barunya USD$22,000 (RM88,473) pada tahun 1997.

Pun begitu, ClassicCars turut memberi cadangan kepada pengguna mengenai model JDM yang masih berbaloi dibeli tanpa perlu membayar harga “The Fast and The Furious”

Model yang dimaksudkan ialag Mitsubishi 3000GT (harga di bawah USD$25,000 – RM100,537), Nissan Fairlady 300ZX pada harga sekitar USD$20,000 (RM80,430) atau sebuah Lexus SC300 (Aristo) pada harga sekitar USD$10,000 (RM40,215).

ClassicCars juga mengandaikan model yang bakal “meletup” ialah Nissan Skyline GT-R yang akan mendapat kebenaran import tak lama lagi memandangkan ia sudah mencecah umur 25 tahun, umur kereta klasik yang dibenarkan diimport masuk ke Amerika Syarikat.

BACA – LANCER EVO FINAL DILELONG

Google ads
Back to top button