FIRMA JERMAN MAHU BINA PIKAP RANGE ROVER SLT 6X6 SUPER MEWAH

SHARE

T.Fotiadis Design. Sebuah syarikat dari Jerman yang diasaskan oleh pereka superyacht Theodoros Fotiadis yang beranggapan, rekaan Range Rover beliau ini merupakan “kapal persiaran mewah” di atas darat.

Fotiadis berkata “Ia direka untuk menjadi ‘pasangan’ superyacht. Kebiasaannya, pemilik superyacht tiba di dermaga diengan limosin 30 kaki mereka seperti Maybach atau Rolls-Royce. Sementara itu, SLT (Superyacht Land Tender) adalah kenderaan yang khusus didedikasikan untuk dunia kapal layar dan penuh gaya. “
 
 
Seperti yang ditunjukkan oleh imej-imej ini, bahagiajn hadapan Superyacht Land Tender sebahagian besarnya sama seperti Range Rover yang lain. Walau bagaimanapun, bumbung telah dipanjangkan dengan ketara untuk memberi ruang kepada petak penumpang belakang yang lebih luas.
 
Pelanggan boleh memilih enjin empat silinder 2.0 liter dengan sistem hibrid, V8 diesel 4.4 liter, atau supercharged V8 5.0 liter dari keluaran Jaguar Land Rover.
 
Fotiadis merancang untuk melancarkan kenderaan itu pada Pameran Monaco Yacht September.

 

 

 

Share this post

scroll to top