FLEETOIL RACING TEAM – FRT DILANCARKAN SECARA RASMI

SHARE

Tahun 2018 bakal menyaksikan senario perlumbaan kereta tempatan bakal dimeriahkan lagi dengan penubuhan rasmi pasukan baharu, Fleetoil Racing Team – FRT. Majlis pelancaran rasminya telah pun berlangsung tanggal 22 Disember yang lalu.

BACA : JOM KENALI SUTAN MUSTAFFA SALIHIN (SMS)

BACA : TRACK DAY – SELANGKAH KE DUNIA PERMOTORAN SECARA SERIUS

Apa yang menariknya mengenai FRT, mereka tidak hanya terikat dengan satu-satu jenis perlumbaan semata. Penglibatan syarikat yang mengeluarkan produk minyak enjin dan bateri kenderaan ini meliputi hampir semua cabang perlumbaan yang wujud di Malaysia. Maaf, basikal lajak belum terfikir lagi.

Malah Fleetoil turut menaja acara perlumbaan Time Attack Championship yang bakal dilangsungkan di Litar Ayer Keroh pada 28hb Januari 2018 nanti.

Dan Brader Karrager selaku peminat rali sudah tentulah teruja apabila mendapat tahu, pelumba otai Haji Sutan Mustafa disunting untuk bernaung di bawah FRT ini bermula musim 2018. Turut serta dalam barisan pelumba rali FRT adalah pelumba Faidzal Alang serta Khairul Nizam.

Manakala untuk acara di litar Malaysia Championship  Series (MCS 2018) dan Malaysia Speed Festival (MSF 2018), gandingan nama besar serta pelumba baharu turut disunting bagi mengibarkan jenama FRT seperti gandingan adik beradik Faidzil Alang dan Faidzal Alang, Shafiq Shamsudin, Shasha Shafie serta Khairul Nizam yang turut bertindak selaku Pengurus Pasukan.

Secara keseluruhannya, FRT bakal membariskan seramai 29 orang pelumba yang berbakat serta berkebolehan bagi mengibarkan jenama FRT disamping keupayaan untuk meningkatkan lagi karier masing-masing dalam perlumbaan.

Apabila digabungkan dengan produk yang terbaik dan berkualiti serta kemampuan jentera ditambah dengan kehandalan pemandu, kejayaan pasti mampu diraih. Malah dalam perlumbaan K Car Global 24 yang berlangsung baru-baru ini, FRT turut mencatat kejayaan 1-2 bagi Kelas 1.

Diperingkat akar umbi pula, FRT turut aktif memberikan peluang dengan kejayaan diraih dengan muncul juara podium mengikut kategori masing-masing di Litar Dato Sagor, Litar Plus Speedway Elite USJ dan Litar MIMC Ayer Keroh.

Secara keseluruhannya pasukan FRT ini diwakili oleh pelumba-pelumba yang berpotensi untuk muncul juara dalam setiap perlumbaan yang disertai. Kalau tengok gaya, memang tidak syak lagi kejayaan pasti diraih. Tengok jentera pun tahu dah garang rupanya. Selamat maju jaya buat FRT!

 

Barisan Pelumba FRT 2018

MRC

1. Muhammad Khairul Nizam Yaacob/Shahrol Zainal

2. Faidzal Shahril Alang Abdul Rahman / Amiruddin Baharun

3. Hj. Sutan Mustafa Salihin / Mohd Hazwan Fauzi

LITAR (Malaysia Championship Series)

1. Faidzil Alang Abdul Rahman

2. Mohd Shafiq Shamsudin

3. Shasha Farina Shafie

LITAR (Malaysia Speed Festival)

1. Muhammad Khairul Nizam Yaacob

2. Mohd Zakardi Kamaruddin

3. Mohd Shalifuzam Rosli

4.Azref Abdul Rani

5. Mohamed Hafez Kamarudin

6. Gan Kian Huat

7. Ummi Nasirah Sulaiman

8. Nor Azirah Mohd Azhar

9. Faidzil Alang Abdul Rahman

10. Hj Sutan Mustafa Salihin

11. Ahmad Ezani Mohd Isha

12. Johan Haron Jaafar

13.Mohd Fadly Hashim

14. Zuhaidi Ishak

15. Alif Hamdan

Grassroots

1. Aliff Umar Zahrin

2. Mohamad Adib Adam

3. Rozana Rahmat

4. Abdul Halim Abdullah

5. Ahmad Fauzy Zainul

6. Mohd Shalifuzam Rosli

7. Ummi Nasirah Sulaiman

8. Riza Helmi Rustam

9. Amir Sufyan

Gymkhana

1.  Abdul Halim Abdullah

2. Mohd Fadly Hashim

Drag

1. Akmal Firdaus Abdullah

Malaysia Superbike Championship 

1.  Mohd Rehan Rosli

Kredit Foto : FB Fleetoil Racing Team

(Visited 430 times, 8 visits today)

Share this post

scroll to top