Buletin

FORD BUKA PUSAT 3S DI KLANG

Ford Motor Company, melalui rakan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru-baru ini mengumumkan pembukaan pusat 3S baharu di Klang. 

Ford-3S-Klang-Mekanika (1)

Terletak di lokasi strategik di Persiaran Raja Muda Musa, kemudahan baharu itu adalah sebahagian daripada pengembangan rangkaian pengedar Ford dalam meningkatkan khidmat pelanggan di Malaysia. Ford kini memiliki 47 lokasi pengedar di seluruh negara yang menawarkan khidmat jualan dan servis, dengan pelan untuk mencapai jumlah 50 lokasi pengedar tahun ini.

Dioperasikan oleh Semangat Anggun Auto Sdn. Bhd., pusat 3S ini telah dinaik taraf secara signifikan daripada kemudahan sebelumnya. Ia terdiri daripada sebuah bilik pameran, pusat servis dan bahagian alat ganti. Pusat pengedaran Ford di Klang merupakan salah satu daripada tiga cawangan Semangat Anggun Auto.

“Kemudahan yang dinaik taraf ini akan menyokong usaha kami untuk menyediakan pengalaman pelanggan dan pemilikan yang terbaik,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman. 

Ford-3S-Klang-Mekanika (2)

Pusat 3S Klang ini mempunyai sebuah bilik pameran yang dibuka tujuh hari seminggu. Ia mempamerkan kenderaan global Ford yang terdapat di Malaysia seperti Fiesta 1.0L EcoBoost, Fiesta 1.5L, Kuga, Focus dan Ranger. Kemudahan itu juga mempunyai sebuah lounge yang selesa dan mesra pengguna, lengkap dengan Wi-Fi percuma, TV serta kemudahan-kemudahan lain.

Pusat servis yang terletak bersebelahan pula dibuka enam hari seminggu. Ia mempunyai tiga ruang servis serta dilengkapi peralatan diagnostik terkini Ford dan dikendali oleh mekanik-mekanik terlatih Ford.

Kemudahan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Ford dan SDAC untuk menaik taraf bilik pameran pengedar Ford, selain mengembangkan rangkaian pengedarnya. Langkah ini akan menawarkan liputan di seluruh negara dan memberi kemudahan kepada pelanggan.

New Fiesta 1.0L EcoBoost Urban Playground (2)

Pusat 3S Klang ini turut mengambil bahagian dalam siri jelajah Ford Fiesta 1.0L Urban Playground bagi menyokong ketibaan model Fiesta 1.0L EcoBoost baharu di Malaysia.

Pada hujung minggu lalu, orang ramai yang mengunjungi bilik pameran di Klang ini boleh memandu uji Fiesta 1.0L EcoBoost untuk merasai sendiri kuasa, prestasi, pengendalian dan pecutan yang terbaik dalam kelasnya.

Para pelanggan yang membuat tempahan Fiesta 1.0L EcoBoost baharu sepanjang dua hari berkenaan juga akan menerima satu fon kepala eksklusif Edifier semasa mendaftar.

FPRB_FeelDiff_4C_VtHt_R02

Sepanjang siri jelajah Fiesta 1.0L Urban Playground yang berlangsung selama lapan minggu berturut-turut, Ford akan menghadiahkan sebuah pencetak mobil pintar, LG Pocket Photo yang terhad pada setiap minggu.

Untuk peluang memenanginya, para pengunjung hanya perlu mengambil bahagian dalam satu peraduan mudah menerusi laman Facebook Ford Fiesta di Malaysia, (www.facebook.com/fordfiestamy). Maklumat lanjut mengenai Ford di Malaysia, sila layari laman web: www.ford.net.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button