Buletin

FORD CATAT PRESTASI TERBAIK FEBRUARI 2015

Ford hari ini mengumumkan prestasi jualan terbaik untuk bulan Februari di Malaysia dengan jualan runcit keseluruhannya melonjak sebanyak 66 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,249 unit.

Ford-Ranger-February-sales-mekanika (2)

Prestasi itu disumbang oleh permintaan berterusan yang kukuh ke atas trak pikap Ranger yang mendefinisikan kelasnya.

Sebagai trak pikap nombor dua paling laris di Malaysia, Ranger yang versatil dilihat terus popular dengan jualan runcitnya menokok sebanyak 104 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 966 unit.

Ford-Ranger-February-sales-mekanika (1)

“Para pelanggan memberitahu kami bahawa mereka sangat menghargai ciri-ciri keselamatan yang mendahului kelasnya dan kemampuan luar biasa yang ada pada Ranger,” kata Pengarah Urusan, Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, David Westerman.

Menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingan dalam segmennya, seluruh rangkaian model Ranger dilengkapi ciri keselamatan pasif dan aktif. Ini termasuklah beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan. Di samping beg udara sisi dan belakang pada varian Wildtrak. Ranger juga dipasang dengan ciri Electronic Stability Control (ESC) Ford pada semua variannya dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak dalam model Wildtrak, XLT dan XL Double Cab.

Ford-Fiesta-February-salesMekanika (1)

Model Fiesta mencatat jualan sebanyak 129 unit pada Februari. Ia diterajui oleh varian 1.0L EcoBoost yang menawarkan prestasi, penjimatan bahan api dan kadar emisi yang mendahului segmennya.

Fiesta menawarkan pakej keselamatan yang paling komprehesif dalam kelasnya seperti  tujuh beg udara. Ia juga padat dengan teknologi pintar seperti sistem ketersambungan di dalam kereta,  SYNC. SYNC membolehkan pemandu membuat panggilan telefon dan mengawal sistem hiburan di dalam kereta dengan hanya menggunakan arahan suara.

Ford-EcoSport-February-sales-mekanika

SUV kompak urban, EcoSport pula menyumbang jualan sebanyak 66 unit pada Februari. EcoSport menggabungkan aspek kelincahan, mampu milik dan penjimatan sebuah kereta penumpang kompak dengan fleksibiliti, gaya serta posisi pemanduan yang tinggi sebuah SUV.

“Ini sememangnya tempoh yang mengujakan buat Ford di Malaysia. Kami akan terus komited untuk mengembangkan perniagaan serta menawarkan pengalaman pemilikan yang terbaik kepada para pelanggan,” tambah Westerman.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button