FORD DISAMAN KERANA NUT TAYAR ROSAK – DAH 100 TAHUN BUAT KERETA PUN TAK PANDAI BUAT LUG NUT?

SHARE

Abang Japar rasa kebanyakan kita pernah hadapi masalah ni, skru tayar (lug nut) rosak. Biasanya, sebab bunga (thread) pada hub yang terhakis, atau rekabentuk pengikat lug nut yang terlalu canggih berbunga-bunga sampaikan soket pembuka tayar pun tak boleh nak buka.

Antara sebab lain ialah lug nut aluminium tapi kau bukak pakai air gun, (air spanner). Tapi ini lain pula kisahnya. Kisah lug nut standard kilang yang terkunci, susah nak buka dan akhirnya kena guna cara kasar (potong, bakar, rethread) semata-mata untuk buka tayar…

Kereta Ford.

Kelakar? tidak. kalau satu-dua kes mungkin kita boleh anggap terpencil. Tetapi ia melibatkan beratus-ratus kes yang dilaporkan di Amerika. Ia terdiri daripada model Ford Fusion, Escape, Flex, Focus, F-150 dan F-350

BACA: FORD CONVERT VEYRON!

Saman difailkan minggu lepas di daerah Michigan. Firma guaman yang mewakili pemilik Ford, Hagens Berman berkata “Kita bukan bercakap tentang teknologi canggih, sistem komputer dalam dunia automotif. Ini pasal komponen yang paling ringkas sahaja – lug nut. Ford memang ada masalah rekaan dengan alatganti ini”.

Lug nut itu sendiri terdiri dari dua bahagian, besi dan bahagian krom, aluminium atau penutup keluli tahan karat. Bunyi macam senang tapi mereka adalah masalah dengan rekaan. Kebanyakan pemilik yang terlibat membelanjakan sekitar USD30 (RM128) untuk membuka lug-nut tersebut, hanya untuk membuka tayar. Kemudian terpaksa membeli lug-nut baru”

“Ada juga pemilik mengadu tersadai di tepi jalan sebab tayar tak boleh nak dibuka ketika pancit. Sebagai sebuah pengeluar yang telah berpengalaman, sepatutnya masalah asas ini tidak boleh berlaku”

 
 
(Visited 1,763 times, 8 visits today)

Share this post

scroll to top