Buletin

FORD EVEREST SERBA BAHARU

Selepas melakukan kemunculan pertama pada Ford Going Further Roadshow di pusat membeli-belah One Utama baru-baru ini, Ford Everest kini rasmi dijual di pasaran tempatan.

New Ford Everest-mekanika (3)

SUV itu ditawarkan pada harga RM198,888 di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia dan RM201,888 di Malaysia Timur.  Everest serba baharu didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Sunset Metalik, putih, hitam dan Aluminium Metalik.
Boleh didapati dalam varian pacuan dua dan empat roda, Everest  hadir bersama ciri keselamatan yang mendahului kelasnya seperti tujuh beg udara. Baru-baru ini, Everest diberi penarafan maksimum lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).

New Ford Everest-mekanika (10)
Malaysia menerima dua pilihan enjin. Enjin diesel TDCi lima silinder 3.2 liter Duratorq yang mampu menghasilkan kuasa 200PS dan tork 470Nm. Enjin baharu itu jauh lebih berkuasa berbanding SUV lain dalam kelasnya.

Manakala enjin diesel TDCi empat silinder Duratoq 2.2 liter pula berupaya menjana kuasa sehingga 160PS dan tork 385Nm. Kedua-dua enjin berkenaan dikatakan lebih jimat bahan api dan menawarkan prestasi cemerlang.

New Ford Everest-mekanika (6)

Penghantaran kuasa lancar ke roda diserahkan kepada kotak gear automatik enam kelajuan yang efisien dan tahan lasak. Untuk lebih efisien, kotak gear itu dilengkapi perisian pengesan pemandu. Sistem itu menganalisis nisbah pecutan dan nyah pecutan, brek dan aplikasi pendikit dan kelajuan di selekoh.

Sistem itu hyga berfungsi menyelaraskan tetapan suspensi mengikut gaya pemanduan pemandu. Sama ada sporty atau ekonomikal.

New Ford Everest-mekanika (2)
Sesuai dengan kegunaannya untuk pengembaraan, Everest menawarkan kelegaan tanah setinggi 225mm dan kemampuan mengharung air setinggi 800mm. Melengkapkan keupayaan itu, Everest dilengkapi Terrain Management System Ford. Sistem itu menawarkan empat mod pemanduan iaitu Normal, Snow/Mud/Grass, Sand dan Rock.

Maklum balas pendikit, transmisi, sistem pacuan empat roda dan kawalan cengkaman pintar akan berubah mengikut mod yang dipilih. Selain itu, pemandu juga boleh mengunci transfer case ke mod empat roda jarak dekat secara manual untuk meningkatkan tahap kawalan.

New Ford Everest-mekanika (5)
Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman berkata Everest menawarkan gabungan hebat di antara aspek kuasa, ciri keselamatan dan teknologi pintar.

“Ia sesuai untuk pemanduan harian, sementara hujung minggu pula, aktiviti off-road boleh dilaksanakan dengan ciri Terrain Management System Ford yang intuitif. ”

New Ford Everest-mekanika (1)

“Malah Everest juga satu-satunya SUV dalam kelasnya memiliki tempat duduk kuasa dengan lapan cara talaan dan soket kuasa berkapasiti 230 volt. Ia boleh digunakan untuk mengecas komputer riba dan peranti lain sepanjang perjalanan,” katanya.

Untuk keselesaan penumpang, terdapat lebih 30 ruang simpanan dan soket pengecas, tempat duduk dan susunan kargo yang fleksibel. Everest menjadi SUV pertama dalam kelasnya di Malaysia yang menawarkan tempat duduk pelarasan elektrik untuk baris ketiga.

New Ford Everest-mekanika (4)
Penyelesaian ketersambungan di dalam kenderaan generasi terbaru Ford, SYNC2 membolehkan pemandu menggunakan arahan suara untuk mengawal sistem hiburan, suhu dan menyambungkan peranti mudah alih.

Satu lagi ciri pertama dalam segmennya ialah sistem MyKey Ford. Ia membolehkan banyak ciri diprogramkan seperti had kelajuan, amaran tali pinggang keledar dan suara maksimum sistem audio.

Antara teknologi utama dan ciri-ciri pintar yang hadir sebagai standard pada Everest termasuk Roll Stability Control, Hill Launch Assist, Emergency Brake Assist, Emergency Brake Light, Trailer Sway Control dan Roll Stability Control.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button