Buletin

FORD FIESTA SE – RM91,888

Bagi meraikan Bulan Warisan bagi menyambut ulang tahun syarikat yang ke-111, Ford Motor Company menawarkan 100 unit Fiesta 1.5L Edisi Khas (SE) untuk orang ramai di Semenanjung Malaysia bermula 14 Jun.

FPRB_FeelDiff_4C_VtHt_R02

Ditawarkan pada harga RM91,888, varian Fiesta 1.5L SE didatangkan dalam warna putih (Arctic White). Jentera itu menampilkan rekaan signatur Fiesta baharu yang penuh gaya, di samping pelbagai ciri keselamatan dan pintar yang ada pada varian 1.5L.

Ini termasuklah Ford SYNC™, Electronic Stability Control dengan Traction Control System, Hill Launch Assist, Kemasukan Tanpa Kunci Pintar (Smart Keyless Entry) bersama butang penghidup enjin Push Start Button Ford dan sistem bantuan parkir atau Rear Parking Aid dengan Park Pilot.

Ford-Fiesta-SE-mekanika (6)

Ciri tambahan yang dipasang pada Ford Fiesta SE ialah bodykit penuh, pelekat SE, lampu DRL (Day Time Running Lights), BlauPunkt Blue Magic Subwoofer, lampu Philip Vision Ultra dan plat sisi (scuff plate).

“Sambutan Bulan Warisan memberikan kami peluang pada setiap tahun untuk berkongsi dan menghargai pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh Ford Motor Company kepada industri sepanjang sejarah penubuhannya,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.

Ford-Fiesta-SE-mekanika (5)

Bukan itu sahaja, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) juga akan menawarkan para pelanggan dengan pelbagai tawaran dan promosi istimewa hingga 30 Jun depan.

Tawaran istimewa itu merangkumi pelan bayaran bulanan bermula serendah RM568serta rebat sebanyak RM5,000 untuk varian Ford Fiesta 1.5L.

Ford-Fiesta-SE-mekanika (3)

Para pelanggan yang membeli Focus dan Ford Kuga serba baharu pada bulan Jun akan menikmati kadar faedah menarik iaitu 1.36 peratus, sebagai tambahan kepada rebat sebanyak RM3,500 untuk Focus dan RM9,000 untuk Kuga.

Tawaran istimewa Bulan Warisan yang digabungkan dengan Pelan Lanjutan Servis Ford (Ford Extended Service Plan), menjadikan ini peluang terbaik untuk membeli sebuah Ford.

Ford-Fiesta-SE-mekanika (2)

Melibatkan semua kenderaan penumpang, pelan tersebut merupakan program penyelenggaraan selama 3 tahun atau 60,000 km yang direka untuk memberi ketenangan minda serta kemudahan pemilikan kepada pelanggan, tanpa sebarang kos tambahan.

Para pelanggan Ford sedia ada juga akan mendapat manfaat daripada sambutan selama sebulan ini apabila diberikan pemeriksaan percuma ke atas semua model. Pakej ‘Works Fuel Saver Package’ pula menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus ke atas pembelian minyak enjin (Motorcraft dan Castrol) serta penapis minyak.

Maklumat lanjut mengenai promosi Bulan Warisan Ford, sila layari laman web: www.ford.net.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button