FORD GT COMPETITION SERIES – LEBIH RINGAN, KHAS UNTUK PERLUMBAAN

SHARE

Ford baru-baru ini mendedahkan model ultra ringan Ford GT Competition Series di Daytona, Amerika Utara.

Jentera tersebut dibina menggunakan teknologi ringan yang inovatif bersama reka bentuk aerodinamik. Sebagai contoh, penutup enjin menggunakan material akhrilik Perspex®  dengan selak manual. Manakala prop rod gentian karbon mengurangkan berat pada bahagian bumbung dan menyeimbangkan lagi berat kereta.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Kaca Gorilla Glass juga lebih nipis berbanding apa yang digunakan pada kenderaan lain. Biarpun begitu, semua ciri prestasi seperti roll cage yang diluluskan oleh pihak FIA dan sistem aerodinamik aktif dikekalkan. Peralatan tambahan melibatkan rim gentian karbon, ekzos dan skru titanium dipasang sebagai ciri standard.

Komponen yang tidak penting kepada prestasi seperti pendingin hawa, radio, pembesar suara, ruang penyimpanan barang dan pemegang botol minuman dibuang.  Competition Series  dibina agar lebih rendah agar dapat meningkatkan kestabilan ketika beraksi di atas litar dan memanfaatkan sepenuh kuasa 647hp enjinnya.

Model tersebut dibezakan menerusi jalur gentian karbon berkilat yang unik, perumah cermin sisi, tiang A dan kemasan pada bahagian bawah badan kereta.

Di ruang kabin, ia menggunakan stereng yang diinspirasikan daripada F1 dengan butang kawalan utama. Kulit Alcantara hitam membalut tempat duduk, panel instrument dan bumbung. Kemasan gentian karbon pula boleh dilihat pada konsol tengah dan pintu. Bagi meningkatkan rasa sporty, paddle shifter dan panel instrument diwarnakan merah.

Competition Series didatangkan dalam enam warna iaitu hitam, putih, perak, biru, kelabu dan kuning. Ia dijangka berada di pasaran Amerika Utara pada tahun ini.

BACA: FORD GT 2005 MILIK JENSON BUTTON BAKAL DILELONG

BACA: FORD GT GUNA CERMIN GORILLA GLASS

GALERI  

Share this post

scroll to top