Buletin

FORD GT GAGAL TEPATI JADUAL PENGELUARAN PADA TAHUN 2017

Apabila Ford mengumumkan produksi Ford GT, mereka memberitahu bahawa jadual pengeluaran kereta sports itu akan berkisar tentang penghasilan sebanyak 250 unit setahun. 

Bagaimanapun ia tidak berlaku. Ford tersasar jauh dari jadual pengeluarannya. Sehingga awal tahun ini, Ford hanya mengeluarkan sejumlah 138 unit sahaja. Mereka terlewat dalam mengejar jadual dan kekurangan 112 unit produksi untuk tahun lepas.

“Ini adalah supercar buatan tangan, kami komited untuk menghasikannya dengan sempurna,” kata seorang jurucakap syarikat.

BACA: CENA DAN FORD SETUJU SELESAI LUAR MAHKAMAH

“Kami memanjangkan proses pengeluaran sebagai langkah tambahan kerana beberapa faktor seperti ujian homologasi global dan kekangan pembekal.”

“Rakan kongsi berteknologi berteknologi tinggi Ford Multimatic, Ford dari Kanada tidak pernah membina kereta secanggih ini sebelum ini. Akibatnya, ia mengambil masa yang lama untuk syarikat itu sampai ke titik di mana ia membina satu GT setiap hari.

“Ford GT dipasang pada Disember 2016, tetapi Multimatic belum berupaya menepati jadual pemasangan satu kereta setiap hari sehingga pertengahan 2017,” tambah beliau lagi.

Walau bagaimanapun, berita gembiranya ialah Ford sudahpun mengikut jadual untuk membina 250 GT pada tahun ini. Jika Ford dapat mencapainya, ia bermakna 888 model akan dihasilkan apabila jangka masa empat tahun seperti yang dijadualkan.

Nampaknya tempoh pengeluaran akan diperpanjangkan.

“Kami sedang membina satu Ford GT setiap hari dan komited untuk membina kenderaan itu untuk sekurang-kurangnya 1,000 unit dalam empat tahun,” 

Google ads
Back to top button