Buletin

FORD MUSTANG ADA WARNA BAHARU – NEED FOR GREEN

Masa abang Japar mula-mula baca, ingatkan ini idea penulis yang nak buat tajuk dia nampak fancy.

Tetapi, selepas baca beberapa laporan lain, “Need for Green” adalah nama warna baharu untuk Ford Mustang 2019. Ford mengumumkan warna hijau tersebut sempena sambutan Saint Patrick Day.

Disifatkan sebagai warna yang berani dan moden, ia memang menyerlah dan boleh nampak dari jauh. Menurut Ford, warna “Need for Green” akan ditawarkan kepada pelanggan pada semua rangkaian Mustang mulai musim panan tahun ini.

Direka untuk menarik minat lebih ramai pengguna, warna hijau itu merupakan penambahan baru ke dalam model Mustang 2019 selain Mustang California Special dan Mustang Bullitt. Bullitt juga didatangkan dengan warna hijau gelap yang meniru warna dalam sebuh filem klasik.

BACA: NAMPAK MACAM MUSTANG, TAPI SEBENARNYA… ERRR MAZDA MX5 MIATA? 

“Peminat Mustang pasti sukakan warna ini kerana ia memang menonjol. Kami yakin ramai pemina yang akan membeli Mustang Need for Green ini,” kaya Pengurus Warna dan Material Ford, Barbara Whalen.

Warna hijau ini bakal ditawarkan pada varian Mustang dengan enjin 2.3 liter EcoBoost berluasa 310hp dan V8 5.0 liter dengan kuasa 460hp.

Google ads
Back to top button