Artikel PilihanBuletin

FORD MUSTANG DENGAN ENJIN FERRARI TWIN TURBO (VIDEO)

Kita telah melihat pelbagai jenis ransformasi enjin gila pada masa lalu tetapi nampaknya tidak cukup lagi. Ni ada sebuah Mustang dengan enjin Ferrari. 

Penala terkenal Amerika American Legends dari Phoenix, Arizona sedang membina Ford Mustang 1968 yang agak unik yang digelar “Projek Corruptt”
 
Kemuncak binaan ini terletak di bawah bonet, kerana Projek Corruptt dikuasakan oleh enjin V8  Ferrari dengan sistem turbo berkembar.
 
 
Enjin itu sendiri berasal dari F430 dan digandingkan dengan manifold intake daripada Ferrari California. Beberapa penyesuaian dibuat untuk mencari posisi throttle body di kedudukan yang betul untuk aplikasi enjin ini.
 
Nadi penggerak V8 Itali akan dipasangkan kepada transmisi T56 enam kelajuan manual.
 
Badan Mustang juga menerima beberapa pengubahsuaian, paling ketara ialah ketinggian bumbung dikurangkan 2.5 inci. Bumper depan pula direka dengan cetakan 3D di mana pada bahagian bawah lampu dibuat ruang khas untuk membolehkan turbin mendapat udara segar secukupnya..
 
Binaan itu juga akan menampilkan posisi intercooler udara untuk duduk serendah mungkin apabila siap nanti.
 
American Legends membina Projek Corruptt  khusus untuk pameran SEMA tahun ini.
 
Google ads
Back to top button